Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Markah dan Gred Peperiksaan (KSSR) Sekolah Kementerian Pendidikan. Skala Sistem Gred Peperiksaan 2016 Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak Lembaga Peperiksaan (LPM) telah mengeluarkan Julat Pemarkahan untuk Gred Peperiksaan KSSR. Berikut julat untuk gred peperiksaan sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Julat Markah dan Gred Peperiksaan Sekolah Rendah
Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Markah dan Gred Peperiksaan Menengah Rendah
Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Markah dan Gred Peperiksaan Menengah Atas
Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Gred Peperiksaam Kebangsaan

Skala Gred Peperiksaan baharu Lembaga Peperiksaan KPM. Permarkah Baru Sekolah Rendah ini digunakan secara rasmi bermula 2016 seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sebelum ini berlaku kekeliruan dalam penetapan Gred Peperiksaan Kebangsaan, sila rujuk Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah. Diharap Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan merungkai kekeliruan yang berlaku. Semoga bermanfaat.

Read more Article like Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan at Memoir of Insani

Advertisements

Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia

Anugerah Ikon Guru ini mula diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2013 sebagai aktiviti tambahan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Kalungan Pengitirafan Ikon Guru Malaysia ini sebagai tanda menghargai kecemerlangan yang telah dilakukan  oleh guru yang terpilih.

Anugerah Ikon Guru 2016

Sempena Sambutan Hari Guru 2016. Pencalonan Anugerah Ikon Guru 2016 telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Lampiran di Borang Pencalonan Anugerah Ikon Guru 2016.

Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia

Objektif Anugerah Ikon Guru

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan  kepada guru yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia,  negara,  masyarakat dan komuniti sekolah.
  • Menggalakkan  penglibatan   ramai  guru  dalam  melonjakkan  diri  sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • Memartabatkan peranan guru dalam agenda pendidikan negara

Tujuan Anugerah Ikon Guru

Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia, negara, masyarakat dan komuniti sekolah dalam bidang pendidikan.

Pengitirafan Berbakti Seorang Guru

Sumbangan guru bukan sekadar memberi pendidikan kepada anak muridnya sahaja tetapi perlu lebih besar daripada itu. Seseorang guru yang berilmu dan memiliki kepemimpinan yang tinggi seharusnya menggunakan kelebihan dirinya untuk menyumbang bakti kepada masyarakat yang lebih besar selain lingkungan sekolah.

Seorang Pendidik seharusnya dapat berbakti hingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, warga guru yang telah memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan perlu diberi pengitirafan. Justeru, sebagai tanda menghargai kecemerlangan yang telah dilakukan maka Anugerah Ikon Guru ini dikalung kepada guru yang terpilih.

Read more Article like Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia at Memoir of Insani

Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu

Malaysia tempat ke 8 dalam Ranking Palsu Negara Bilangan Pelacur Paling Ramai di Dunia. Menurut Denis Foynes, beliau tidak yakin dengan kebenaran “Ranking Malaysia No 8 bilangan Pelacur teramai di dunia“. Ia mungkin Ranking Palsu  tetapi jika merujuk statistik dari data-data yang dimilikinya terdapat kira-kira tiga juta orang memilih Malaysia untuk pelancongan seks setiap tahun.

Melihat Nisbah 52 pekerja seks bagi setiap 10,000 rakyat Malaysia. Ada kemungkinan yang besar untuk tahun-tahun yang mendatang, Thailand akan ketinggalan jauh. Siapakah Denis Foynes: International Researcher and Country Analyst and Journalist IPS Inter Press Service.

Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu

   

Walaupun Kedudukan Malaysia No 8 dalam Kedudukan Negara memiliki Bilangan Pelacur Teramai adalah ranking yang tiada kesahihan, namun Industri Pelacuran di Malaysia dianggarkan akan berkembang pesat untuk di masa hadapan. Keyakinan itu dapat dirasakan bila Agensi Pelancongan Seks (Agensi Pelancongan + Pakej Seks) mulai menyenaraikan nama Malaysia sebagai destinasi pilihan dalam pekej promosi syarikat mereka.

Tekanan Amerika Tidak Menggugat Malaysia

Walaupun Amerika Syarikat Menyenarai Hitam Malaysia dengan Isu Kesihatan Pelacur yang rendah dan Moral Pelacur Malaysia yang buruk. Namun segala tekanan dari Amerika itu tidak menghalang Kegiatan Pelacuran di Malaysia dari terus berkembang.

Pelacuran di malaysia tidak sah dan menyalahi undang-undang. Budaya Masyarakat Malaysia juga menentang pelacuran selain tidak dibenarkan dalam kumpulan agama rasmi. Ketetapan ini tidak menjadi penghalang dalam Industri Seks di Malaysia. Usahkan untuk menghalangnya atau berbincang, menyebut “seks” itu pun adalah taboo bagi orang Malaysia. Individu yang membincangkannya dianggap satu kejahatan di Malaysia. 

Selain itu, Kebanyakan kumpulan agama pula lebih menjurus untuk menyelesaikan perkara yang mereka dan masyarakat gemari sahaja. Hingga kini masyarakat Malaysia masih tidak percaya dan merasakan pelacuran hanyalah watak fiksyen di televisyen semata-mata. Mungkin artikel ini juga dibenci oleh mereka. Jangan benci saya, kerana menyanyangi lebih baik dari membenci.

Read more Article like Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu at Memoir of Insani

Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran

Jadual Gaji 2016 Kakitangan Awam. Tarikh gaji kerajaan 2016. Perubahan kenaikan gaji kakitangan awam, bonus, elaun, tarikh pembayaran gaji awal sempena peristiwa sepetimana dalam Takwim 2016 Tarikh Cuti Malaysia. Tetapan Tarikh bayaran Gaji Bulanan, Gaji Secara Berasingan (Separate Cycle) dan Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari Tahun 2016. #Gaji2016

Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran

Sistem e-Penyata Gaji 2016. Kenaikan gaji tahunan dan tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam. Kenaikan gaji tahunan dan tarikh pembayaran bonus boleh ke pautan pintas portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Berikut ialah Aturan Gaji 2016 Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016 oleh Akauntan Negara Malaysia.

Lampiran A
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan
Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran
Lampiran B
Tarikh Pembayaran Gaji Secara Berasingan (Separate Cycle)
Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran
Lampiran C
Tarikh Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari
Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran

Download Jadual Gaji 2016 Tarikh Pembayaran

Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C Jadual Gaji 2016 oleh Akauntan Negara Malaysia boleh Dimuat Turun di pautan Surat Pekeliling  Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016 Pekeliling SPANM (2015) Bilangan 3.

Tarikh Pembayaran Gaji 2016 dan Aturan Pembayaran

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2015 bagi Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2016. Jabatan akauntan negara dan Jabatan Akaun Kementerian Pendidikan dibawah Kementerian Kewangan, Pembayaran gaji bulanan anggota kerajaan mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak lewat daripada (25) haribulan. Selain menguruskan Sistem e-Penyata Gaji dan penyediaan Laporan dan Slip Gaji untuk semua Kakitangan atau Penjawat Awam di seluruh Malaysia. Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran.

Read more Article like Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran at Memoir of Insani

Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku

Mencari sifat-sifat dan ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam lagu Negaraku Lagu Kebangsaan Malaysia. Bermula baris pertama hingga akhir tiada sepatahpun perkataan Malaysia atau Melayu wujud dalam lirik lagunya. Berulang kali dinyanyikan namun masih Tiada Indentiti Malaysia dalam lagu Negaraku itu. Apakah pentingnya Indentiti dalam Lagu Kebangsaan. Apakah maksud Lagu Kebangsaanan dan tujuan lagu itu dicipta.

Lagu kebangsaan, umumnya adalah sebuah gubahan muzik bersifat sesebuah negara yang diiktiraf oleh sebuah negara sebagai lagu rasminya. Dari segi rentak dan irama serta liriknya adalah berciri dan bersifatkan sesebuah negara atau bangsa itu sendiri.

Lagu Kebangsaan Malaysia Negaraku (1957) Muzik oleh French Pierre Jean de Beranger dari lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan. Ada juga sumber mengatakan Lagu Negaraku asalnya lagu rasmi dari Kesultanan Perak. Lagu Terang Bulan, yang berasal dari pulau Mahe di Kepulauan Seychelles dan dipopularkan oleh Raja Abdullah setelah pulang dari pulau Seychelles. Berikut ialah lirik lagu Negaraku.

Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku

Dari lirik lagu Negaraku, dapatkah anda lihat indentiti negara Malaysia. Adakah anda terjumpa baris yang menyebut Melayu, iaitu kaum utama di Malaysia. Secara mudahnya, jika anda orang asing dengan mendengar lagu Negaraku, adakah dia tahu itu Lagu Kebangsaan Malaysia.

Merujuk Senarai Lagu Kebangsaan di seluruh Dunia. Kita lihat pula lagu Kebangsaan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia. Berikut adalah sebahagian rangkap liriknya

Lagu Kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya (1945)

Indonesia tanah airku, Tanah tumpah darahku,
Di sanalah aku berdiri, Jadi pandu ibuku…
Indonesia kebangsaanku, Bangsa dan tanah airku,
Marilah kita berseru, Indonesia bersatu…

Lagu kebangsaan Thailand iaitu Phleng Chat (1939)

Thailand menyatukan jiwa dan raga suku Thai.
Negara rakyat; dimiliki suku-suku Thai dalam segala hal…

Lagu kebangsaan Singapura iaitu Majulah Singapura (1965)

Mari kita rakyat Singapura, Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia, Berjaya Singapura

Tiada Indentiti Malaysia dalam lagu Negaraku

Biarlah lagu sekolah pun ada disebut nama sekolah dalam lirik lagunya. Namun tetap tidak pudar rasa cinta dan kesetiaan saya kepada negara. Walaupun lagu Negaraku lagu kebangsaan tanpa indentiti negara, namun rasa hormat saya tidak pernah hilang. Saya Hootoh dan saya sayangkan Malaysia.
Read more Article like Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku at Memoir of Insani

Proton Perdana 2016 Baharu Leaked Video

Model Baharu Proton Perdana 2016 Terbongkar. Rakaman Video New Proton Perdana (2016) sedang dipandu uji. Model baru Perdana yang berkualiti tinggi dan berteknologi terkini, 100% Rekabentuk Tempatan. Sokong Produk Tempatan. Kemegahan Rakyat Malaysia.

Proton Perdana 2016 Baharu Leaked Video

Aktiviti-aktiviti Pembangunan Proton Perdana Baharu adalah berasaskan model Honda Accord dan dijangka berada di pasaran pada 2016. Gambar Model Kereta Perdana keluaran Proton Holdings Bhd. Sumber asal Proton Perdana (2016) Leaked Video, Paul Tan’s Automotive News.

hosting… (please wait)

Model Proton Perdana Baharu

Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) memulakan pengeluaran Model Proton Perdana pada Januari 1995 dan menghentikannya pada 2010, antara lain disebabkan penggunaan teknologi lama yang sudah melebihi 30 tahun, tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan terkini, dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat ganti kerana Jepun telah lama menghentikan pengeluaran model tersebut.

Read more Article like Proton Perdana 2016 Baharu Leaked Video at Memoir of Insani

Biodata Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

Maklumat Peribadi dan Biodata Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dalam Barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak (rombakan kabinet 2015) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (16 Mei 2013 – 29 Julai 2015).

Extra Senarai Baru Menteri Malaysia selepas Rombakan Kabinet 2015 di pautan Jemaah Menteri Kabinet 2015 Malaysia (Official).

Biodata Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

Nama Penuh: Mahdzir Bin Khalid
Tarikh Lahir: 15 Disember 1960
Tempat Lahir: Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Nama Isteri: Noraini binti Abdullah
Anak-Anak: 4 Orang Anak

Maklumat Peribadi dan Biodata Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia
Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia

Menteri Pendidikan Malaysia
Yang Berhormat Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid

Jabatan
Pejabat Kementerian Pendidikan malaysia

Latar Belakang Pendidikan 
Kelulusan Pendidikan B.A (Hons) Jurusan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (1984). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena den meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1979 hingga 1983 dan berjaya mendapat Ijazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981-1982).

Kurniaan dan Pangkat

  • Dato’ Seri Mahawangsa (Orang Besar Lapan Istana) Mei 2008
  • Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) – Dato’ Mei 2008
  • Dato’ Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (S.H.M.S) – Dato’ Seri Diraja Januari 2008
  • Jaksa Pendamai (J.P) Januari 2007
  • Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) – Dato’ Seri Januari 2006
  • Bakti Khidmat Masyarakat (B.K.M) 1996

Sejarah dan Kerjaya

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato’ Seri Osman bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas (Pembangunan) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri den Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.
  • Menteri Pendidikan Julai 2015 – hingga kini
  • Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Mei 2013 – Julai 2015
  • Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia)  2008 – 2013
  • Pengerusi MADA, Kedah Darul Aman 2006 – 2013
  • Pengerusi KEDA, Kedah Darul Aman 2006 – 2009
  • Menteri Besar Kedah     28 Dis 2005 – 31 Mac 2008
  • Pemangku Menteri Besar Kedah     17 Jul 2005 – 27 Dis 2005
  • Setiausaha Politik kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia  2000 – 2004
  • Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi Malaysia 1998 – 2000
  • Pegawai Khas kepada YAB. Menteri Besar Kedah 1993 – 1996
  • Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah 1990 – 1993
  • Pegawai Pendidikan 1984 – 1990
  • Politik     Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2008 – Kini
  • Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 2008 – Kini
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Dun Pedu) 2004 – 2013
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah 2006 – 2009
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap  2004 – 2008

Kehidupan Awal Mahdzir Khalid

Dato’ Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid adalah anak sulong dari empat orang adik beradik. Beliau merupakan anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Maklumat Keluarga Mahdzir Bin Khalid

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar seorang akuntan di Kuala Lumpur. Anak-anak yang lain adalah Mohd. Saddam Pilot, Mahd. Sallehuddin masih belajar di Australia dan Mahani mahasiswi di Kuala Lumpur.

Read more Article like Biodata Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan at Memoir of Insani