Modul KSSR Tahun 6 Semua Mata Pelajaran

Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSR 2016. Panduan Guru Mata Pelajaran Tahun 6 Sekolah Rendah bantuan Kerajaan mengikut Kurikulum Standard Sekolah Randah. Download Buku Panduan Pengajaran untuk semua Mata Pelajaran Tahun 6 bagi Takwin Persekolahan Sesi 2016. #KSSR2016

Modul KSSR Tahun 6 Semua Mata Pelajaran

Modul Pengajaran KSSR Tahun 6 ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Berikut adalah Pautan muat turun Koleksi modul PdP untuk semua subjek KSSR tahun 6.

  • Modul BA Tahun 6 KSSR 2016
  • Modul PAI Tahun 6 KSSR 2016

Download Modul KSSR Tahun 6

Modul KSSR ini bertujuan memudahkan guru-guru menggunakannya sebagai bahan rujukan bantu mengajar. Semua modul untuk KSSR tahun 6 yang diambil dari pelbagai sumber. Pemilik laman Memoir of Insani hanya mengumpulkan bahan-bahan pendidikan ini untuk kegunaan pribadi dan dikongsikan kepada warga pendidikan di seluruh Malaysia.

Read more Article like Modul KSSR Tahun 6 Semua Mata Pelajaran at Memoir of Insani

Advertisements

Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu

Malaysia tempat ke 8 dalam Ranking Palsu Negara Bilangan Pelacur Paling Ramai di Dunia. Menurut Denis Foynes, beliau tidak yakin dengan kebenaran “Ranking Malaysia No 8 bilangan Pelacur teramai di dunia“. Ia mungkin Ranking Palsu  tetapi jika merujuk statistik dari data-data yang dimilikinya terdapat kira-kira tiga juta orang memilih Malaysia untuk pelancongan seks setiap tahun.

Melihat Nisbah 52 pekerja seks bagi setiap 10,000 rakyat Malaysia. Ada kemungkinan yang besar untuk tahun-tahun yang mendatang, Thailand akan ketinggalan jauh. Siapakah Denis Foynes: International Researcher and Country Analyst and Journalist IPS Inter Press Service.

Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu

   

Walaupun Kedudukan Malaysia No 8 dalam Kedudukan Negara memiliki Bilangan Pelacur Teramai adalah ranking yang tiada kesahihan, namun Industri Pelacuran di Malaysia dianggarkan akan berkembang pesat untuk di masa hadapan. Keyakinan itu dapat dirasakan bila Agensi Pelancongan Seks (Agensi Pelancongan + Pakej Seks) mulai menyenaraikan nama Malaysia sebagai destinasi pilihan dalam pekej promosi syarikat mereka.

Tekanan Amerika Tidak Menggugat Malaysia

Walaupun Amerika Syarikat Menyenarai Hitam Malaysia dengan Isu Kesihatan Pelacur yang rendah dan Moral Pelacur Malaysia yang buruk. Namun segala tekanan dari Amerika itu tidak menghalang Kegiatan Pelacuran di Malaysia dari terus berkembang.

Pelacuran di malaysia tidak sah dan menyalahi undang-undang. Budaya Masyarakat Malaysia juga menentang pelacuran selain tidak dibenarkan dalam kumpulan agama rasmi. Ketetapan ini tidak menjadi penghalang dalam Industri Seks di Malaysia. Usahkan untuk menghalangnya atau berbincang, menyebut “seks” itu pun adalah taboo bagi orang Malaysia. Individu yang membincangkannya dianggap satu kejahatan di Malaysia. 

Selain itu, Kebanyakan kumpulan agama pula lebih menjurus untuk menyelesaikan perkara yang mereka dan masyarakat gemari sahaja. Hingga kini masyarakat Malaysia masih tidak percaya dan merasakan pelacuran hanyalah watak fiksyen di televisyen semata-mata. Mungkin artikel ini juga dibenci oleh mereka. Jangan benci saya, kerana menyanyangi lebih baik dari membenci.

Read more Article like Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu at Memoir of Insani

Redha dan Hormati pemergian Pak Yus Jambu

Allahyarham Yussry Bin Edoo bayak sekali jasanya kepada saya. Sebagai peminat dari kaca televisyen, saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah satiap kali melihat atau terkenang persembahan ketika hidupnya dahulu. Popular dengan nama Yus Jambu, selebriti yang cukup menghiburkan dengan aksi lawak spontannya menghilangkan segala bebanan dan penat badan setelah seharian bekerja. Sebahagian Info dan Gambar merujuk Entri Yus Jambu dalam Doa dan Kenangan.

Sebagai yang hidup, Kita disarankan untuk menyebutkan akan kebaikan si mati tetapi tidaklah hingga mereka-reka cerita yang melampau hak, seakan ada keajaiban pada si mati. Saya percaya pada Kebesaran Allah. Amat benar sekali dengan Kuasa Allah apa saja boleh berlaku. Kuatkan diri, banyakan membaca Al Quran.. Kebenaran itu akan dilihatkan kepada sesiapa yang diinginkan-Nya.

Saya agak terkilan setelah terlihat di laman sosial dan beberapa laman sesawang tempatan. Yang baik harap dapat diteruskan, namun secara pribadi, banyak juga yang tidak berapa menyenagkan. Seandainya ia benar sekalipun biarlah ia dalam likungan keluarga yg terdekat saja. Izinkan saya memilih satu sebagai contoh, perkongsian Foto dengan penerangan Ya Allah! Foto Kucing Kesayangan Pak Yus Menangis Selepas Kematian Pak Yus. Ia betul-betul mengingatkan saya kepada Kisah Abdurrahman.

Abdurrahman ialah nama diberikan ketika memeluk islam. Namun lebih dikenalidengan Abu Hurairah yang bermaksud Bapak Kucing. Beliau telah  menyumbangkan peranan besar dalam sejarah Islam dan hadits. Seorang sahabat Rasulullah yang menjadi orang pertama yang sering meriwayatkan hadits-hadits Rasulullahselain Paling banyak meriwayatkan hadits dari Rasulullah saw, yaitu kurang lebih sebanyak 5.374 hadits.

Nama Abu Hurairah didapatkan oleh beliau karena beliau memiliki seekor kucing peliharaan yang selalu dibawa kemanapun beliau pergi. Kucing itu ibarat bayang-bayang yang selalu mengikuti beliau kemana saja. Kucingnya juga sering dimandikan, dibersihkan, dan tentunya diberi makanan yang layak.

Selain kucing itu, Abu Hurairah juga memiliki beberapa ekor kucing peliharaan di rumahnya. Kesukaan Abu Hurairah pada kucing, merupakan inspirasi yang beliau dapat dari Rasulullaah SAW yang juga mencintai kucing. Kerana kecintaannya pada kucing itu, kemudian Abdurrahman ini diberi julukan Abu Hurairah, yang berarti Bapak Kucing. Namun ketika matinya Abu Hurairah, tiada pula kisah kucing kesayangan beliau menagis kerana bersedih.

Redha dan Hormati pemergian Pak Yus Jambu

Semoga Allah memberikan pahala yang berganda kepada keluarga, saudara, sahabat dan memberikan mereka hati yg redha dengan ketentuan ini. Jiwa tenang agar dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati

Hormati dan bersimpatilah kepada saudara terdekat yang diuji dengan kesedihan. Ini hari mereka dan hari kita pasti akan tiba jua. Perasaan Sedih ada Beratnya, bila terlalu berat perlu ada Penyandarnya. Cubalah sedaya upaya untuk Bersederhana, jangan berlebih-lebihan..

ن لله ما أخذ, وله ما أبقى, وكل شيء عنده بأجل مسمى, فاصبر واحتسب

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kita semua kepunyaan Allah, Dia berhak mengambilnya atau membiarkannya. Segala sesuatu di sisinya mempunyai batas waktu tertentu.  Redha lah agar allahyarham kembali ke Rahmatullah dengan tenang dan tak kembali buat selama-lamanya. Allah سبحانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka. Maka Berdoalah agar sedekah Al Fatihah dari alam dunia ini diterima dan bersama mendapat (pahala).

Read more Article like Redha dan Hormati pemergian Pak Yus Jambu at Memoir of Insani

Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran

Jadual Gaji 2016 Kakitangan Awam. Tarikh gaji kerajaan 2016. Perubahan kenaikan gaji kakitangan awam, bonus, elaun, tarikh pembayaran gaji awal sempena peristiwa sepetimana dalam Takwim 2016 Tarikh Cuti Malaysia. Tetapan Tarikh bayaran Gaji Bulanan, Gaji Secara Berasingan (Separate Cycle) dan Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari Tahun 2016. #Gaji2016

Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran

Sistem e-Penyata Gaji 2016. Kenaikan gaji tahunan dan tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam. Kenaikan gaji tahunan dan tarikh pembayaran bonus boleh ke pautan pintas portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Berikut ialah Aturan Gaji 2016 Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016 oleh Akauntan Negara Malaysia.

Lampiran A
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan
Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran
Lampiran B
Tarikh Pembayaran Gaji Secara Berasingan (Separate Cycle)
Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran
Lampiran C
Tarikh Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari
Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran

Download Jadual Gaji 2016 Tarikh Pembayaran

Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C Jadual Gaji 2016 oleh Akauntan Negara Malaysia boleh Dimuat Turun di pautan Surat Pekeliling  Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016 Pekeliling SPANM (2015) Bilangan 3.

Tarikh Pembayaran Gaji 2016 dan Aturan Pembayaran

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2015 bagi Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2016. Jabatan akauntan negara dan Jabatan Akaun Kementerian Pendidikan dibawah Kementerian Kewangan, Pembayaran gaji bulanan anggota kerajaan mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak lewat daripada (25) haribulan. Selain menguruskan Sistem e-Penyata Gaji dan penyediaan Laporan dan Slip Gaji untuk semua Kakitangan atau Penjawat Awam di seluruh Malaysia. Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran.

Read more Article like Gaji 2016 Tarikh dan Peraturan Pembayaran at Memoir of Insani

Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah

Pelajar Bunuh Diri di Simpang Tiga, Kampung Gong Kemuntong, Jertih. Remaja lelaki pelajar di tingkatan satu dipercayai menggantung dirinya dan mati bunuh diri dalam bilik tidurnya. Walaubagaimanapun disahkan Mangsa sudah berhenti sekolah dan tiada menglibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beberapa hari sebelumnya, Kesedihan dan Kekesalan Datuk Seri Najib Razak mengenai Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh diri kerana kecewa dengan SPM memberi Tamparan kepada Sistem Peperiksaan Kementerian Pendidikan.

Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah

Remaja 13 tahun disedari mati gantung diri setelah Abang iparnya memanggilnya beberapa kali untuk ke bandar Jertih. Namun tiada sahutan dari Mangsa yang ditegaskan sudah berhenti sekolah itu. Mencurigai ada sesuatu yang tidak kena, abang ipar mangsa bersama rakannya yang berada di rumah membuka pintu bilik.
Melihat adik iparnya tergantung tergantung di alang bumbung rumah. Sebaik menurunkan mangsa dan membuka tali yang terikat di leher, Abang ipar mangsa terus membawanya ke Hospital Besut.

Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia. bedah siasat oleh pihak Hospital Besut mendapati kematian mangsa berpunca daripada gantung diri dan tidak ada kesan kecederaan lain pada bahagian luar dan dalam badan. Extra: Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental .

Polis Daerah Besut mengesahkan kejadian itu memaklumkan bahawa mangsa menggunakan tali buaian yang digantung pada kayu alang rumah untuk membunuh diri. Pada hari kejadian, abang ipar ada memarahi mangsa kerana memukul anaknya. Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di tempat kejadian dan polis masih menyiasat punca mangsa menggantung diri.

Read more Article like Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah at Memoir of Insani

Penggunaan Sijil Sakit Swasta (KPM) Penjawat Awam

Surat Siaran Kaedah penerimaan Sijil Sakit Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia. Penjelasan Kaedah dan Syarat-syarat penerimaan sijil sakit swasta pesakit luar dan pesakit pesakit dalam untuk Penjawat Awam dan Kakitangan Kerajaan dalam pengurusan Kemudahan Cuti Sakit

Penggunaan Sijil Sakit Swasta (KPM) Penjawat Awam

Kaedah dan Syarat-syarat Penggunaan Sijil Sakit Swasta adalah merujuk lampiran Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 (PP Bil. 2/2006) menjelaskan bahawa Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan.

Download Surat Siaran Penggunaan Sijil Sakit Swasta Kakitangan Kerajaan
File: Penggunaan Sijil Sakit Swasta Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006
File: Lampiran Penggunaan Sijil Sakit Swasta Kakitangan Kerajaan

Penggunaan Sijil Sakit Swasta Penjawat Awam

Surat Siaran Kaedah penerimaan Sijil Sakit Swasta untuk tujuan Kemudahan Cuti Sakit di bawah Peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 oleh Jabatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merujuk Surat Siaran yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tarikh 16 November 2015.

Read more Article like Penggunaan Sijil Sakit Swasta (KPM) Penjawat Awam at Memoir of Insani

Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan

Takwim Persekolahan 2016. Peristiwa penting Kalendar Pendidikan Malaysia. Tarikh Persekolahan dan senarai peristiwa dan aktiviti pendidikan yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Tahun 2016. Ketetapan Jumlah hari persekolahan wajib untuk Sesi Persekolahan 2016 seluruh Malaysia. Senarai Cuti Peristiwa dan Cuti Penggal Persekolah di seluruh Malaysia. Download Takwim Persekolahan 2016 (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Kalendar Persekolahan di Malaysia terbahagi kepada 2 Kumpulan iaitu Kumpulan A Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kumpulan B Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Click pautan: Takwim Persekolahan 2016 untuk proses muat turun Takwim Perancangan Tahunan aktiviti Pendidikan di Malaysia.

Takwim Persekolah 2016 Kumpulan A

Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan

Takwim Persekolah 2016 Kumpulan B

Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan

Perancangan Tahunan aktiviti Pendidikan di Malaysia. Daftar hari bulan penggal persekolahan tahun 2016 dan tarikh cuti persekolahan bagi sekolah bantuan kerajaan seluruh Malaysia. Kalendar Pendidikan di Malaysia. Tarikh dan peristiwa-peristiwa penting yang dirancang Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.Takwim Pendidikan 2016.

Read more Article like Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan at Memoir of Insani