Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia

Setiap 35 minit terdapat seorang wanita Malaysia dirogol. Secara purata 3000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Apakah perbezaan antara Cabul dan Rogol? Statistik Kes Rogol di Malaysia ini dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia

Rakyat Malaysia perlu tampil berani berdepan dengan realiti yang berlaku ini. Walaupun Doa orang yang Teraniaya atau Dizalimi antara Doa yang Tiada Hijab dari-Nya, Namun mangsa rogol dan ahli keluarga usah hanya berdoa sahaja, usaha yang berupa tindakan membuat laporan perlu dilakukan. Sikap malu dan merasakan diri unggul adalah punca utama banyak Kes Rogol dan Cabul tidak Dilaporkan kepada pihak polis. Baca juga: Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu.

Apakah Perbezaan Cabul dan Rogol

Rogol adalah satu persetubuhan anatara lelaki dan wanita yang tidak dipersetujui oleh wanita tersebut. Menurut Kanun Keseksaan di bawah bawah seksyen 375(g) Kanun Keseksaan. Walaupun terdapat persetujuan wanita dalam beberapa kes, ia masih dianggap rogol. Kes Rogol sebegini berlaku apabila perempuan tersebut memberi Kerelaan tetapi kerelaan yang diberikan itu adalah kerana takut dicederakan. Selain itu, seksyen 375(g) Kanun Keseksaan juga dikenakan walaupun dengan Kerelaan bagi wanita yang tidak tahu sebab dan akibat jika kebenaran diberi dan kebenaran oleh perempuan di bawah umur 16 tahun.

Manakala bagi cabul pula adalah perlakuan jenayah dengan kekerasan terhadap perempuan atau lelaki dengan niat untuk mencabul kehormatan dan tidak merogol. Kesalahan cabul dikenakan tindakan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Peningkatan Kes Rogol di malaysia

Sokongan masyarakat perlu dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan menggalakkan kesaksamaan gender. Kes sebegini selalu diabaikan masyarakat. Malah Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun. Pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes
Sebanyak 31685 Kes Rogol dan 24939 Kes Cabul manakala 42,449 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013. Jenayah rogol meningkat apabila dalam tempoh 2 tahun terakhir sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014. Namun hanya 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah. Bayangkan Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia.

Read more Article like Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia at Memoir of Insani

Advertisements

Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah

Pelajar Bunuh Diri di Simpang Tiga, Kampung Gong Kemuntong, Jertih. Remaja lelaki pelajar di tingkatan satu dipercayai menggantung dirinya dan mati bunuh diri dalam bilik tidurnya. Walaubagaimanapun disahkan Mangsa sudah berhenti sekolah dan tiada menglibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beberapa hari sebelumnya, Kesedihan dan Kekesalan Datuk Seri Najib Razak mengenai Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh diri kerana kecewa dengan SPM memberi Tamparan kepada Sistem Peperiksaan Kementerian Pendidikan.

Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah

Remaja 13 tahun disedari mati gantung diri setelah Abang iparnya memanggilnya beberapa kali untuk ke bandar Jertih. Namun tiada sahutan dari Mangsa yang ditegaskan sudah berhenti sekolah itu. Mencurigai ada sesuatu yang tidak kena, abang ipar mangsa bersama rakannya yang berada di rumah membuka pintu bilik.
Melihat adik iparnya tergantung tergantung di alang bumbung rumah. Sebaik menurunkan mangsa dan membuka tali yang terikat di leher, Abang ipar mangsa terus membawanya ke Hospital Besut.

Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia. bedah siasat oleh pihak Hospital Besut mendapati kematian mangsa berpunca daripada gantung diri dan tidak ada kesan kecederaan lain pada bahagian luar dan dalam badan. Extra: Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental .

Polis Daerah Besut mengesahkan kejadian itu memaklumkan bahawa mangsa menggunakan tali buaian yang digantung pada kayu alang rumah untuk membunuh diri. Pada hari kejadian, abang ipar ada memarahi mangsa kerana memukul anaknya. Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di tempat kejadian dan polis masih menyiasat punca mangsa menggantung diri.

Read more Article like Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah at Memoir of Insani

Hubungan Murid Tahun 6 dengan Guru Terbongkar

Murid perempuan tahun 6 dirogol guru yang juga merupakan guru serta warden asrama. Perubahan tingkah laku murid perempuan tahun enam yang baru sahaja selesai menjalani UPSR akhirnya terbongkar. Tindakan pantas nenek mangsa akhirnya membongkar hubungan sulit murid tahun 6 dengan gurunya. Pihak polis telah menahan suspek selepas menerima laporan polis dari nenek pelajar perempuan tersebut. Guru berusia 39 tahun merogol muridnya sendiri yang baru saja selesai menduduki Peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Hubungan Murid Tahun 6 dengan Guru Terbongkar

Menurut Ketua Polis Daerah Konowit, DSP Ismail Mahmood, Suspek yang juga merupakan guru serta warden asrama di Konowit, Sabah. Kini, suspek sedang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sumber merujuk laporan Borneo Post.

Hubungan Terlarang Murid dan Guru

Hubungan Terlarang Murid Tahun 6 dengan Guru akhirnya Terbongkar. Sebelum ini telah tersebar khabar angin mengatakan murid perempuan tahun 6 itu ada hubungan cinta dengan guru tersebut. Nenek mangsa yang tidak senang dengan buah mulut masyarakat sekitar. Walaupun tidak percaya, namun perubahan tingkah laku cucu perempuannya menimbulkan rasa curiga.

Demi mengelakkan rasa syak wasangka, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu dan mendapati terdapat kesan koyak pada alat sulitnya. Memandangkan bentuk fizikal yang matang dimiliki mangsa, pihak polis tidak menafikan wujud jenayah rogol dalam kes tersebut kerana kegagalan guru tersebut mengawal nafsunya.

Murid perempuan tahun 6 dirogol gurunya sendiri. Tragedi Rogol ini berlaku di Daerah Kanowit, Sabah. Kes telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Read more Article like Hubungan Murid Tahun 6 dengan Guru Terbongkar at Memoir of Insani

Misteri Pistol Mainan Tembak Cicak (Walther CP99 Compact)

Kalau aku ternampak Pistol Mainan Tembak Cicak ada dalam kereta pemandu di sebelahpun, tentu kita cuak dan mula menggigil. Manalah kita orang biasa nak kenal pistol yang betul atau mainan. Lainlah kita seorang pagawai polis. Tapi kalau Pistol Air Bewarna warni pernah aku selitkan dipinggang tapi dirampas cikgu didiplin sebaik saja waktu pertama bermula. Misteri Pistol Mainan Tembak Cicak Malam Jumaat.

Misteri Pistol Mainan Tembak Cicak Malam Jumaat

Tapi kes Pistol Air aku tidak seperti Kes Pistol Tembak Cicak Amir Ukays, memang malang nasibnya, sebaik hentikan kereta di parking rumah sendiri, tiba-tiba sepasukan polis yang entah tengah buat roadblock ke, undercover ke, atau dah lama mengintip di kawasan tersebut bertindak cekap dengan terus serbu Amir Ukays yang baru aje kuar dari pintu kereta. 

Nak jadikan cerita, polis yang serbu Amir Ukays itu sungguh liar mata mereka. Manakan tidak, walaupun tiada suspect dan target, polis-polis itu masih boleh perasan Pistol Mainan Tembak Cicak ada terselit di sisi tempat duduk kereta Amir Ukays. Lalu apa lagi, dengan kecekapan luarbiasa polis terus ambil Pistol Mainan Tembak Cicak yang dimiliki Amir Ukays terus ke Balai.

Enjoy la cicak di area rumah Amir Ukays, Pistol Mainan Tembak Cicak dah tiada kereta. Tiada sebarang bergelutan berlaku ketika kejadian, cuma Amir Ukays dikatakan telah memaklumkan kepada pasukan polis tersebut bahawa itu Pistol Mainan Tembak Cicak, tapi tidak diendahkan. Mungkin ia perlu dijadikan tajuk lagu barulah Pistol Mainan Tembak Cicak diberi perhatian.

Nak jadikan lagi ceritanya, setelah agak lama di Balai Polis, maka pasukan polis tersebut berjaya mengenalpasti bahawa sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520 itu hanyalah Pistol Mainan untuk  Tembak Cicak. Kalau tembak cicak malam Jumaat dapat pahala lebih sikit. Malang sungguh nasib Amir Ukays ini, sedang beliau tak henti-henti menerangkan kepada polis-polis itu bahawa itu hanya Pistol mainan… Itu pistol untuk Tembak Cicak.

Bila dah tau itu adalah Pistol Tembak Cicak saja, dengan keyakinan tinggi Pihak polis pun suruh lah Amir Ukays blah… duk lama-lama kat balai nanti miss latihan vokal program Gegar Vaganza2. Lalu Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad pun dibebaskan.

Gambar Pistol Tembak Cicak Amir Ukays

Amir Ukays amat marah dengan pengguna laman sosial dan peminatnya yang sebarkan Gambar Pistol Tembak Cicak Amir Ukays miliknya itu hingga viral di laman sosial. Tetapi beliau sedikit pun tidak marah kepada polis-polis yang menahannya kerana menganggap Pistol Mainan Tembak Cicaknya itu adalah Walther CP99 Compact. Hingga mengganggu misi Amir Ukays meraih juara di program Gegar Vaganza2 tahun ini. Misteri Pistol Mainan Tembak Cicak.

Read more Article like Misteri Pistol Mainan Tembak Cicak (Walther CP99 Compact) at Memoir of Insani

Mayat Morais ditemui dalam Tong Berisi Konkrit

Polis menemui mayat Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1. Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram. Kronologi Kehilangan Kevin Anthony Morais.

Mayat Morais ditemui dalam Tong Berisi Konkrit

Suspek (pembunuh) kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chee Wen. Selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota Bomba. Mayat Morais akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik.
Penemuan Mayat Morais, adalah hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin. Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
Pihak Polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit. Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sumber: BH Tragedi.

Lokasi Penemuan Mayat Anthony Kevin Morais

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati laluan memasuki jalan berkenaan ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi. Turut kelihatan pergerakan keluar anggota dari pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.15 pagi. Pada jam 8.55 pagi, anggota STAFOC bergerak keluar dari lokasi penemuan mayat terbabit. Bau busuk juga dapat dihidu di kawasan terbabit, dengan jarak hanya 100 meter dari tempat pengamal media berhimpun.

Kronologi Kehilangan Kevin Anthony Morais

4 September: Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September
Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September
Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September
Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September
Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September

  • 6 pagi – Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak.
  • 8.45 pagi – Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.
  • 8.55 pagi – Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.
  • 9.15 pagi – petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.
  • 10.10 pagi – polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

Tragedi Pembunuhan Anthony Kevin Morais

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasfikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. Satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Read more Article like Mayat Morais ditemui dalam Tong Berisi Konkrit at Memoir of Insani

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Misteri kehilangan pesawat MH370 terungkai. Pengumuman khas mengesahkan Bukti Fizikal Pesawat MH370 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Penemuan ini menunjukkan terdapatnya Bukti Fizikal Pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. Flaperon itu ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Madagascar pada Rabu lalu dan kemudiannya diperiksa di Perancis dan ia merupakan penemuan pertama serpihan pesawat di Lautan Hindi.

Video Pengumuman Khas Serpihan MH370 – Najib Razak

…. loading ….

Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370. Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi
— Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan kepada semua yang terlibat dalam tragedi itu bahawa kerajaan akan terus komited dalam usaha untuk mencari kebenaran dan apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat terbabit.

Kami bersedih bersama anda, sebagai sebuah negara dan ini saya janjikan, Malaysia akan sentiasa mengingati mereka yang hilang dalam pesawat MH370. Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati dan Mereka sentiasa dalam simpati dan doa kami

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Datuk Seri Najib Razak berharap Pengumuman khas mengesahkan MH370 dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu. Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu. MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pengumuman khas mengesahkan MH370 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Read more Article like Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion at Memoir of Insani

Pemberontak Geledah Sisa MH17 Tanpa Belas Kasihan

MH17 Footage Update. Selepas 12 bulan Tragedi MH17, News Corp Australia mendedahkan Full Footage Video MH17 sebaik saja terhempas. Digelar The shocking MH17 Footage, dunia cuba difahamkan pihak Autralia bahawa tanpa simpati Pemberontak Russian Menggeledah Bag Penumpang MH17 sebaik saja terhempas.

Pemberontak Russian Menggeledah Bag Penumpang MH17

Tragedi MH17 Bukan Kemalangan

Australia membuat kesimpulan Tragedi MH17 Bukan Kemalangan tetapi satu serangan. Semua itu ditimbulkan selepas 12 bulan dengan merujuk rakaman pemberontak berlari mencari beg mangsa MH17. Entah kenapa, pemberontak Russia juga dikatakan kumpulan pertama sampai di lokasi tragedi.

Melalui perbulan video pemberontak yang telah diterjemah News Corp Australia agar apa yang cuba disampaikan mereka mudah difahami seluruh dunia, dengan kejam pemberontak Russia segera mengeladah bangkai kapal terbang yang disangkanya Jet pejuang Tentera Udara Ukraine setelah ditembak jatuh. Australia’s Prime Minister Tony Abbott juga menggesa Rusia untuk bekerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan. والله أعلمُ بالـصـوا – and Allah knows the right..

Read more Article like Pemberontak Geledah Sisa MH17 Tanpa Belas Kasihan at Memoir of Insani