Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun merupakan Agenda nasional didalam Proses transformasi Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Usaha dan langkah pro aktif untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Pautan: Laman Rasmi Hari Sukan Negara.

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Logo Hari Sukan Negara

Logo Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020

Apa itu Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara

Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan tahunan dan menjadi acara rasmi yang bakal disambut seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia sebuah Negara Bersukan.

Aktiviti Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Cara Menyertai Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Hari Sukan Negara Ke Arah Negara Bersukan

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Read more Article like Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan at Memoir of Insani

Advertisements

Aksi Najib Razak – Golf Persahabatan Malaysia China

Hubungan dua hala antara China dan Malaysia (politik dan ekonomi) adalah amat baik umpama isi dengan kuku. Aksi Bergaya Gambar Najib beraksi di Golf Persahabatan Malaysia-China. “Ia sesuatu yang amat dekat di hati saya” itulah kata-kata Dato Seri Najib dalam ucapan sempena Golf Persahabatan Malaysia-China Ke-41. Extra: Kata Gurauan Jokowi mengenai Golf dan Najib Razak.

Aksi Najib Razak - Golf Persahabatan Malaysia China

Hubungan diplomatik Malaysia – China telah dianggap amat erat walaupun wakil Kerajaan China untuk acara itu cuma Perniagaan, Usahawan dan Kaunselor Perdagangan Kedutaan China sahaja. Lihat Aksi Bergaya Gambar Najib Golf Persahabatan Malaysia-China. Mengingatkan kita dengan kenyataan Najib suatu ketika dulu, Anak-anak Nelayan pun Bermain Golf.

Ini kerana ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil langkah berani 41 tahun lalu sebagai negara ASEAN yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, walaupun perang dingin belum berakhir.
— Kata-kata Hebat Datuk Seri Najib Razak

Dato Seri Najib juga sentiasa terpaksa memetik nama ayahnya, Tun Abdul Razak. Sebagai tanda mengenang jasa dan sumbangan besar Tun Razak, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyoking anaknya, iaitu Najib Razak. Selan Sukaneka, kerajaan Malaysia juga bertukar-tukar haiwan dengan kerajaan China demi menunjukkan hubungan mesra dua negara.

Read more Article like Aksi Najib Razak – Golf Persahabatan Malaysia China at Memoir of Insani

Positif Dadah Sukan Chong Wei Wira Negara

Datuk Lee Chong Wei masih Wira Negara walaupun bersalah menggunakan Dadah Sukan Dexamethasone. Sinar gemilang dan Hari Kemenangan Jaguh Badminton Negara, Lee Chong Wei yang bersalah menggunakan Dadah Sukan Dexamethasone disambut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 
Positif Dadah Sukan Chong Wei Wira Negara
Hari Besar untuk Jaguh Badminton Negara turut diraikan seluruh rakyat Malaysia setelah hukuman dikenakan hanya digantung 8 bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana bersalah dan positif menggunakan bahan terlarang (Dadah Sukan) Dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, dan boleh dikenakan penggantungan hingga dua tahun.

Lee Chong Wei Atlet Bertuah

Datuk Lee Chong Wei bernasib baik kerana menggunakan Dadah Sukan Dexamethasone pada Ogos 2014, kerana berkuat kuasa 1 Jan tahun 2015, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meminda peraturan dopingnya dan atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang boleh digantung sehingga 4 tahun. Oleh itu keputusan dikeluarkan BWF, memutuskan pemain berusia 33 tahun itu hanya digantung selama 8 Bulan sahaja iaitu berkuatkuasa 30 Ogos 2014 dan berakhir 30 April 2015 setelah bersalah menggunakan dadah terlarang dalam sukan.

Memori Lee Chong Wei Kejohanan Badminton Dunia 2014

Mengimbau Kehebatan Lee Chong Wei di Kejohanan Badminton Dunia (25 – 31 Ogos 2014) Ballerup Super Arena, Copenhagen, Denmark. Jaguh harapan negara dilihat mengorak langkah penuh yakin untuk mengakhiri kemarau gelaran juara dunia mempamerkan corak menyerang dan bertahan yang luar biasa dan penuh tenang menyingkirkan pilihan keenam Wang Zhengming dari China 21-8 dan 21-11 pada saingan suku akhir. Hasil usaha dan kegigihan Chong Wei selama ini akhirnya mengesahkan slot ke separuh akhir dengan sasaran untuk muncul juara di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di Copenhagen, Denmark.

Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk bergelar gelaran juara dunia buat kali pertama tidak kesampaian apabila beliau ditewaskan oleh Chen Long dengan straight set 19-21, 19-21 pada final acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Copenhagen Denmark.

Chong Wei didapati bersalah setelah didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone (Dadah Sukan) ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen dan boleh dikenakan penggantungan hingga dua tahun.

Badminton Malaysia dan Dadah Sukan Dexamethasone

Usah terlalu membesar-besarkan perkara yang remeh. Lee Chong Wei hanya bersalah mengambil Bahan Terlarang (Dadah Sukan) Dexamethasone sahaja. Lihatlah di ufuk yang cerah di hujung sana, satu kemenangan besar seluruh Malaysia setelah Hero Badminton Negara yang bersalah mengambil Dadah Sukan bakal berakhir hukumannya. Chong Wei perlu diraikan dan negara kembali dengan harapan untuk memburu pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio. Chong Wei masih Wira Negara walau Kes Dadah Sukan Dexamethasone.

Read more Article like Positif Dadah Sukan Chong Wei Wira Negara at Memoir of Insani