Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Rosmah Mansor Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah. Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia. Walaupun tidak dinyatakan fakta secara detail, namun salahkah Rosmah Mansor cuba Menjaga nama baik Malaysia.

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Kenyataan Rosmah Mansor bagaimanapun dikritik oleh Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang mana menolak kenyataan isteri perdana menteri itu, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku. Kumpulan-kumpulan Wanita ini seumpama menentang tindakan Rosmah yang cuba menjaga nama baik Malaysia di mata dunia.. Salahkah Rosmah Mansor cuba Menjaga Nama tanah airnya.

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB turut berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER). Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia. Jika anda diajukan soalan yang sama di persidangan dunia, apakah jawapan anda.

Read more Article like Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia at Memoir of Insani

Advertisements

Gerakan Harapan Baru (GHB) Amanah Progresif Peduli

Gerakan Harapan Baru (GHB) atau juga dikenali dengan #HarapanBaru merupakan sebuah Gerakan Politik Malaysia yang dilancarkan pada 13 Julai 2015 oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden PAS di sebuah hotel di pusat bandar Kuala Lumpur. Bersama Slogan “Amanah Progresif Peduli“, GHB bakal bersaing dalam arena politik tanah air dalam pilihan raya Malaysia di musim-musim akan datang.

Gerakan Harapan Baru (GHB) Amanah Progresif Peduli

Keahlian Parti Gerakan Harapan Baru terbahagi kepada Ahli Penuh yang terbuka kepada semua ahli termasuk orang Islam dan bukan Islam dan Ahli Bersekutu iaitu terbuka kepada semua ahli, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu membuat komitmen sepenuhnya kepada parti. Apa itu Gerakan Harapan Baru? Apakah Matlamat GHB tidak sama dengan PAS (parti Islam seMalaysia)

Logo dan Website Gerakan Harapan Baru masih belum diwujudkan memandangkan Parti GHB masih baharu dan mungkin dikenali dengan nama baharu. GHB adalah sebuah gerakan dan akan menjadi sebuah parti politik dengan pendaftaran nama baru yang kini masih belum dimuktamadkan, namun  akan dibuat sebelum tarikh pelancaran rasmi parti itu September ini. Manakala Konvensyen pertama GHB bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

* More Info about New Hope Movement (Gerakan Harapan Baru) di GHB Wiki.

Kumpulan Pro Gerakan Harapan Baharu

Jawatankuasa GHB termasuk bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Suhaizan Kaiat, dan Ahmad Awang yang gagal merebut Jawatan presiden PAS dari Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Manakala Jawatankuasa Utama lainnya seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.#GHB

Read more Article like Gerakan Harapan Baru (GHB) Amanah Progresif Peduli at Memoir of Insani

Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC

Pasukan Petugas Khas dan Polis menyerbu Pejabat 1MDB di Menara IMC Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur. Serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Serbuan Polis dengan tiga kereta peronda polis dan sebuah van telah dirakam di hadapan bangunan pejabat 1MDB. Apakah Hasil Siasatan 1MDB Laporan Polis akan didedahkan kepada umum. Menurut Sumber; The Star mengesahkan bahawa polis telah hadir di pejabat syarikat itu yang terletak di Menara IMC. Namun wartawan The Star tidak diberikan akses masuk ke pejabat 1MDB agar tidak mengganggu proses Siasatan Polis – 1MDB.

Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC

Penyambut tetamu pejabat 1MDB memaklumkan bahawa Pihak Polis dan 1MDB memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke pejabat mereka yang terletak di tingkat lapan kerana mereka tidak mahu diganggu. Malah seorang pegawai keselamatan juga diarahkan agar tidak membenarkan rakaman footages dibuat di premis Menara IMC sepanjang kehadiran pihak polis.

Hasil Siasatan 1MDB  Laporan Polis

Terlalu awal untuk meramal apakah Hasil siasatan pihak polis terhadap 1MDB. Walaupun pasukan petugas khas dan pihak polis telah menyerbu Pejabat 1MDB, namun tujuan dan apakah siasatan yang dilakukan masih belum dipastikan. Adakah Pihak polis sedang menyiasat Penyelewengan Dana 1MDB atau menyiasat Bagaimana Wall Street Journal memperoleh dokumen bank 1MDB yang dimuat naik di laman webnya baru-baru ini.

Pejabat 1MDB diserbu Polis

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah melakukan siasatan terhadap 1MDB.
Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain serta merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB – SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa WSJ The Wall Street Journal. Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC.

Read more Article like Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC at Memoir of Insani

Sumbang Najib kepada Sarawak amat Besar

Kata pujian Tan Sri Adenan Satem yang menggunung. Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon, sentiasa berusaha membawa kebaikan, pemimpin yang  melihat kesilapan dan cuba membetulkannya, yang melihat penderitaan dan cuba memulihkannya. 

Sumbang Najib kepada Sarawak amat Besar

Tan Sri Adenan Satem Bertindak Bijak, melihatkan kesempatan untuk menunjukan keikhlasannya disaat Najib yang kini diserang kiri dan kanan oleh mereka yang tidak mengenang budi di Semenanjung, termasuk dalam UMNO sendiri yang tidak tahu berterima kasih, hanya tahu tikam belakang.

Sumbangan Najib Amat Besar

Sumbangan Najib kepada Sarawak amat Besar. Kami di Sarawak tahu erti terima kasih kepada orang yang menolong, kita sokong dia kerana itulah yang betul. Kita kenal siapa yang benar dan siapa yang  eksyen saja.
— Tan Sri Adenan Satem

Sambil Ikhlas bertubi-tubi memuji Najib Razak Perdana Menteri Malaysia, Adenan Satem tidak menunggu lama lalu menyatakan bahawa ada perkara-perkara yang boleh laksanakan lebih bagus lagi dan menjadikan autonomi Sarawak akan lebih bererti, jika bidang kuasa diserahkan kepadanya. 
Oleh itu Beliau sedang berunding dengan Najib untuk melihat sekiranya ada kuasa tertentu daripada kerajaan pusat yang boleh diturunkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

Read more Article like Sumbang Najib kepada Sarawak amat Besar at Memoir of Insani

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

1Malaysia Development Bhd (1MDB) CEO Arul Kanda Kandasamy mendedahkan butiran terperinci hutang RM42 bilion yang diraih 1MDB firma pembangunan strategik milik kerajaan itu boleh berlaku. Penjelasan pecahan Hutang 1MDB ini diharap dapat membantu untuk membersihkan sebarang kekeliruan berhubung Isu 1MDB ini yang terlalu lama menjadi tekanan besar pada peringkat tertinggi pentadbiran Malaysia.

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

Terlalu banyak spekulasi mengenai hutang RM42 bilion, dan lebih khusus lagi mengenai RM27 bilion hutang yang dikatakan hilang atau rugi. Seluruh Malaysia mendesak agar segala butiran 1MDB didedahkan. Arul Kanda sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan akhirnya menjelaskan Perincian hutang RM42 bilion 1MDB.

RM18 bilion digunakan untuk membeli aset tenaga; RM1.7 bilion untuk membeli tanah di TRX, Bandar Malaysia dan di Pulau Pinang; RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan, RM15.4 bilion merangkumi dana pelaburan dan lebihan tunai sebanyak RM0.9 bilion.
— Arul Kanda Kandasamy

Secara kasar segalanya telah didedahkan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda. Namun 1MDB juga akan menyediakan ringkasan berhubung hutang RM42 bilion telah digunakan untuk apa, maklumat yang didedahkan sepenuhnya dalam akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh didapati secara terbuka dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Isu 1MDB satu Lagenda

Tiada siapa melakukan kesilapan atau yang bersalah. Tiada sebarang tangkapan dan tidak berlaku pendakwaan. Hanya pendedahan Bagaimana hutang RM42 1MDB boleh berlaku, maka segalanya selesai dan kembali seperti biasa. Suatu hari nanti Kontroversi Isu 1MDB bakal menjadi Lagenda. 1Pendedahan mampu menyelesaikan 1Juta Permasalahan. Besama kita Nantikan dan Download Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB seperti yang dimaklumkan.

Read more Article like Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion at Memoir of Insani

Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin

Laungan “Hidup Tan Sri” dan “Selamatkan Malaysia” menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 9.30, sekembalinya dari percutian sejak 26 Mei. Kepulangan Muhyiddin amat dinantikan kerana terdapat desas-desus di media sosial Muhyiddin akan mengumumkan sesuatu setibanya pulang daripada percutian di Australia.

Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengucapkan sepatah perkataan dan terus beredar tanpa mempedulikan sebarang soalan daripada wartawan yang menunggu sejak jam 6 petang bagi mendapatkan respons berkenaan Kata dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kabinet untuk meletakkan jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan cara beliau mengendalikan Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jika sekiranya, ada antara anda yang tidak selesa dengan perkara ini (1MDB), sila serahkan atau tulis (surat peletakan jawatan), dan saya akan faham.
— Najib Razak

Namun ketika diajukan soalan berkenaan percutiannya, Timbalan Perdana Menteri hanya melambai tangan dan memberikan senyuman kepada pemberita. Terdahulu, satu klip video menjadi viral Merujuk: Video Luahan Muhyiddin Yassin Terhadap Isu 1MDB menunjukkan Muhyiddin dalam satu ucapannya pada satu majlis tertutup dengan ahli Umno di Janda Baik, Pahang menggesa semua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berhubung masalah dihadapi syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin.

Read more Article like Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin at Memoir of Insani

Aksi Najib Razak – Golf Persahabatan Malaysia China

Hubungan dua hala antara China dan Malaysia (politik dan ekonomi) adalah amat baik umpama isi dengan kuku. Aksi Bergaya Gambar Najib beraksi di Golf Persahabatan Malaysia-China. “Ia sesuatu yang amat dekat di hati saya” itulah kata-kata Dato Seri Najib dalam ucapan sempena Golf Persahabatan Malaysia-China Ke-41. Extra: Kata Gurauan Jokowi mengenai Golf dan Najib Razak.

Aksi Najib Razak - Golf Persahabatan Malaysia China

Hubungan diplomatik Malaysia – China telah dianggap amat erat walaupun wakil Kerajaan China untuk acara itu cuma Perniagaan, Usahawan dan Kaunselor Perdagangan Kedutaan China sahaja. Lihat Aksi Bergaya Gambar Najib Golf Persahabatan Malaysia-China. Mengingatkan kita dengan kenyataan Najib suatu ketika dulu, Anak-anak Nelayan pun Bermain Golf.

Ini kerana ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil langkah berani 41 tahun lalu sebagai negara ASEAN yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, walaupun perang dingin belum berakhir.
— Kata-kata Hebat Datuk Seri Najib Razak

Dato Seri Najib juga sentiasa terpaksa memetik nama ayahnya, Tun Abdul Razak. Sebagai tanda mengenang jasa dan sumbangan besar Tun Razak, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyoking anaknya, iaitu Najib Razak. Selan Sukaneka, kerajaan Malaysia juga bertukar-tukar haiwan dengan kerajaan China demi menunjukkan hubungan mesra dua negara.

Read more Article like Aksi Najib Razak – Golf Persahabatan Malaysia China at Memoir of Insani