Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan

Takwim Persekolahan 2016. Peristiwa penting Kalendar Pendidikan Malaysia. Tarikh Persekolahan dan senarai peristiwa dan aktiviti pendidikan yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Tahun 2016. Ketetapan Jumlah hari persekolahan wajib untuk Sesi Persekolahan 2016 seluruh Malaysia. Senarai Cuti Peristiwa dan Cuti Penggal Persekolah di seluruh Malaysia. Download Takwim Persekolahan 2016 (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Kalendar Persekolahan di Malaysia terbahagi kepada 2 Kumpulan iaitu Kumpulan A Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kumpulan B Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Click pautan: Takwim Persekolahan 2016 untuk proses muat turun Takwim Perancangan Tahunan aktiviti Pendidikan di Malaysia.

Takwim Persekolah 2016 Kumpulan A

Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan

Takwim Persekolah 2016 Kumpulan B

Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan

Perancangan Tahunan aktiviti Pendidikan di Malaysia. Daftar hari bulan penggal persekolahan tahun 2016 dan tarikh cuti persekolahan bagi sekolah bantuan kerajaan seluruh Malaysia. Kalendar Pendidikan di Malaysia. Tarikh dan peristiwa-peristiwa penting yang dirancang Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.Takwim Pendidikan 2016.

Read more Article like Takwim Persekolahan 2016 Kalendar Pendidikan at Memoir of Insani

Advertisements

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Rosmah Mansor Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah. Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia. Walaupun tidak dinyatakan fakta secara detail, namun salahkah Rosmah Mansor cuba Menjaga nama baik Malaysia.

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Kenyataan Rosmah Mansor bagaimanapun dikritik oleh Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang mana menolak kenyataan isteri perdana menteri itu, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku. Kumpulan-kumpulan Wanita ini seumpama menentang tindakan Rosmah yang cuba menjaga nama baik Malaysia di mata dunia.. Salahkah Rosmah Mansor cuba Menjaga Nama tanah airnya.

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB turut berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER). Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia. Jika anda diajukan soalan yang sama di persidangan dunia, apakah jawapan anda.

Read more Article like Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia at Memoir of Insani

Rakaman CCTV Lelaki Arab tampar Imam Masjid Negara

Video Rakaman CCTV Lelaki Arab Tampar Imam Masjid Negara yang dalam rakaat pertama solat Jumaat. Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika sedang membacakan surah pada rakaat pertama solat Jumaat. Lelaki Arab yang tiba-tiba seorang lelaki dipercayai bangsa Arab datang ke hadapan dan menolaknya. Lelaki itu kiam seolah-olah mahu mengimamkan solat Jumaat.

Rakaman CCTV Lelaki Arab tampar Imam Masjid Negara

Melihat Imam Masjid Negara meneruskan bacaan, lelaki itu mengamuk dan terus menamparnya. Pasukan keselamatan segera tampil mengheret lelaki Arab yang meronta dan menjerit-jerit dalam Bahasa Arab, “Malaysia Syaitan” keluar daripada ruang solat utama. Lelaki Arab Mengamuk ditahan dan punca kejadian masih dalam sisasatan pihak Polis.

Video Lelaki Arab Tampar Imam Masjid Negara

Peristiwa Mengejutkan di Hari Jumaat

Solat Jumaat di Masjid Negara pada 18 Sept 2015 terhenti seketika apabila Imam Masjid Negara diserang seorang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk. Video CCTV Lelaki Arab tampar Imam Masjid Negara reHost by Hootoh  #TamparImam

Read more Article like Rakaman CCTV Lelaki Arab tampar Imam Masjid Negara at Memoir of Insani

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun merupakan Agenda nasional didalam Proses transformasi Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Usaha dan langkah pro aktif untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Pautan: Laman Rasmi Hari Sukan Negara.

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Logo Hari Sukan Negara

Logo Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020

Apa itu Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara

Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan tahunan dan menjadi acara rasmi yang bakal disambut seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia sebuah Negara Bersukan.

Aktiviti Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Cara Menyertai Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Hari Sukan Negara Ke Arah Negara Bersukan

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Read more Article like Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan at Memoir of Insani

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Misteri kehilangan pesawat MH370 terungkai. Pengumuman khas mengesahkan Bukti Fizikal Pesawat MH370 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Penemuan ini menunjukkan terdapatnya Bukti Fizikal Pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. Flaperon itu ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Madagascar pada Rabu lalu dan kemudiannya diperiksa di Perancis dan ia merupakan penemuan pertama serpihan pesawat di Lautan Hindi.

Video Pengumuman Khas Serpihan MH370 – Najib Razak

…. loading ….

Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370. Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi
— Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan kepada semua yang terlibat dalam tragedi itu bahawa kerajaan akan terus komited dalam usaha untuk mencari kebenaran dan apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat terbabit.

Kami bersedih bersama anda, sebagai sebuah negara dan ini saya janjikan, Malaysia akan sentiasa mengingati mereka yang hilang dalam pesawat MH370. Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati dan Mereka sentiasa dalam simpati dan doa kami

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Datuk Seri Najib Razak berharap Pengumuman khas mengesahkan MH370 dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu. Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu. MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pengumuman khas mengesahkan MH370 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Read more Article like Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion at Memoir of Insani

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Download Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2015. Malaysia National Day 2015. Tema Sambutan Merdeka  tahun 2015 ialah Sehati Sejiwa. Bermula tahun ini, Sambutan Kemerdekaan Malaysia dimaklumkan tidak lagi menggunakan ulang tahun sambutan seperti sebelumnya. Tiada lagi jumlah sambutan dan hanya tahun yang digunakan. Semua ini demi menyeragamkan sambutan antara Sarawak dan Sabah (16 September) dan Semenanjung (31 Ogos).

Logo Hari Merdeka 2015 Malaysia

Melihat Logo Hari Merdeka Malaysia jelas menggambarkan seluruh rakyat malaysia satu hati dan satu jiwa berdiri megah bersama kerajaan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015. Olehitu Program Hari Kemerdekaan 2015 perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila “Sehati Sejiwa” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. Download logo Merdeka 2015 #sehatisejiwa

Logo Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Logo Merdekaan Malaysia 2015

Apa Tema Hari Kemerdekaan 2015

Tema Hari Kemerdekaan 2015 ialah Sehati Sejiwa yang menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia. Selain melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. ia turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa jua kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara yang tercinta.

Slogan Bersatu Sambut Merdeka

Hari Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan negara. Semenjak merdeka, seluruh rakyat Malaysia sehati sejiwa dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Semoga rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai dan sentiasa bersatu.

Program Hari Merdeka 2015 Sehati Sejiwa

Pada 31 Ogos setiap tahun, seluruh premis dan rakyat Malaysia akan mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan juga disambut di seluruh sekolah di bawah Kementerian Pendidikan demi memupuk semangat nasionalisme dan rasa cintakan negara di kalangan murid dan penduduk setempat. Sumber: Info, Gambar dan Logo Hotoh Media.

Read more Article like Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia at Memoir of Insani

Jemaah Menteri Kabinet 2015 Malaysia (Official)

Senarai Rasmi Anggota Jemaah Menteri Kabinet Malaysia 2015. Nama dan Jawatan Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2015. Senarai Penuh Menteri-Menteri di Malaysia (2015) selepas Rombakan Kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Anggota Jemaah Menteri Kabinet 2015 Malaysia

Rombakan dan Menggugurkan 5 menteri dalam senarai lama kabinet adalah satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu. Berikut adalah Senarai Baru Menteri Kabinet Malaysia Tahun 2015.

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

  • Datuk Chua Tee Yong
  • Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri:

  • Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:

  • Datuk Nur Jazlan Mohamed
  • Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri

  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri:

  • Datuk Ahmad Maslan
  • Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian

Timbalan Menteri

  • Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri:

  • P.Kamalanathan
  • Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri:

  • Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri:

  • Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri:

  • Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri:

  • Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri:

  • Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri:

  • Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri:

  • Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri:

  • Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri:

  • Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri:

  • Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Datuk Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri:

  • Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri

  • Datuk Azizah Mohd Dun
  • Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri

  • Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri

  • Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri

  • Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Azalina Othman Said
Nancy Shukri
Senator Datuk Seri Wahid Omar
Datuk Wee Ka Siong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Seri Shahidan Kassim
Senator Paul Low Seng Kuan
Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri:

  • Datuk Razali Ibrahim
  • Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Rombakan Kabinet (2015) Malaysia

Senarai Penuh Menteri-Menteri di Malaysia selepas Rombakan Kabinet Julai 2015 oleh Datuk Seri Najib Razak. Selain timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet yang digugurkan ialah dua menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek. Manakala dua lagi menteri digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel, yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala. #Kabinet2015

Read more Article like Jemaah Menteri Kabinet 2015 Malaysia (Official) at Memoir of Insani