Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan

Maklumat Rasmi UPSR (KSSR 2016) oleh Lembaga Peperiksaan serta Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016. Setelah Format Baharu UPSR 2016 diperkenalkan berikutan Kurikulum Kebangsan KBSR ditukar kepada KSSR. Banyak persoalan bermain di fikiran guru dan juga ibu bapa. Sumber maklumat yang terhad menjadikan pihak sekolah sendiri tidak benar-benar jelas mengenai #UPSR2016

Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan

Beberapa perubahan yang berlaku tiba-tiba mula merisaukan guru-guru yang mengajar Calon Peperiksaan UPSR 2016. Muat Turun atau Download Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016. Format DOCX: View Download  Format PDF: View Download

Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016

Sehubungan dengan itu Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan beberapa Maklumat Rasmi UPSR 2016 dan Menjawab Soalan-soalan Lazim UPSR FormatBaru Tahun 2016 ini. Download Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016. Pembritahuan ini diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga pearkongsian Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan dapat membantu warga pendidik di seluruh Malaysia.

Read more Article like Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan at Memoir of Insani

Advertisements

Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah

Perubahan Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah masih mengelirukan saya. Hingga kini saya masih ternanti-nanti surat makluman rasmi atau pekeliling mengenai Julat Markah untuk Sistem Gred Peperiksaan baharu ini sama ada dari KPM atau Lembaga Peperiksaan. Ataupun mungkinkah surat hitam putih rasmi sudah lama dihantar dan saya sudah terlepas pandang.

Gambar Credit: Muhtarsuhaili

Selain dari SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, saya juga mengetahui perubahan Skala Gred Kebangsaan ini dari khabar angin yang tersebar secara sembunyi-sembunyi mengatakan Julat Markah dan Gred baru akan digunapakai bermula tahun 2015 bagi Sekolah Rendah. Rujuk: Sistem Gred dan Julat Permarkah Baru oleh KPM.

Memandangkan Skala Gred Kebangsaan yang sebelumnya sudah sebati dengan rakyat Malaysia, Saya merasakan Perubahan Julat Permarkah dalam Sistem Gred Baharu ini perlu dimaklumkan secara rasmi dan lebih beradap.

Secara peribadi saya merasakan Skala Gred Peperiksaan Kebangsaan ini tidak boleh sekadar cakap mulut dan whatsapp sahaja. Skala Gred Kebangsaan yang sebelum ini juga sudah sebati malah menjadi Sistem Gred dalam Buku Kemajuan Pelajaran saya sejak sekolah rendah lagi.

Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah

Ada sekolah yang sudah mengganggap Julat Permarkah Baru ini adalah rasmi kerana ia sudah digunapakai dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Itu tidak salah, cuma saya harapkan perkara seperti ini dilihat serius oleh pihak atasan.
Ada murid yang sudah menggaru kepala, melihatkan perubahan gred peperiksaan mereka. yang saya lihat disebarkan secara sembunyi-sembunyi ini. Mungkin ada Ibu-Bapa yang terkejut atau tertanya-tanya setelah melihat keputusan Gred dan Julat Markah anak mereka.

Read more Article like Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah at Memoir of Insani

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Secara mudahnya SAPS NKRA merupakan pengkalan data maklumat peperiksaan untuk semua peperiksaan yang dijalankan di sekolah bantuan kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Arahan perlaksanaan SAPS adalah merujuk Surat Pekeliling Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Rujukan KPM.NKRA.100-15/1/1JLD.4(17) bertarikh 7 Jun 2011.

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Perlaksanaan SAPS di peringkat Sekolah dibahagikan kepada 3 Kumpulan Utama dengan Perincian Tugas masing-masing. 3 Kumpulan utama ini Guru Setiausaha Peperiksaan (Superadmin SAPS), Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran. 

Berikut ialah Senarai Tugas SAPS Guru mengikut Surat Pekeliling Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Semua pihak berkaitan adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara ditetapkan dilaksanakan dengan amanah.

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara online yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Ibu-Bapa juga boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak mereka di Laman SAPS (NKRA) secara online.

Data pemarkahan, skor dan pencapaian yang diisi dalam SAPS adalah rasmi dan sah. Data serta Maklumat boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. SAPS juga boleh dijadikan “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result). Ramalan pencapaian murid juga dapat dianggarkan melalui maklumat yang dikumpul di Laman NKRA SAPS ini.

Read more Article like Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah at Memoir of Insani

Peperiksaan Tidak Menjadikan Kita Bijaksana

Sejarah dan Asal Usul Peperiksaan. Kenapa Peperiksaan Diadakan dalam Pendidikan. Peperiksaan adalah satu kaedah menilai kemampuan diri dan Ujian untuk mengetahui status dan tahap bahan diuji. Ujian adalah lumrah dalam kehidupan. Ada masa yang senang diuji dengan kesenangan dan yang susah pula diuji dengan kesusahan. Maka Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sebgai satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti.

Peperiksaan Tidak Menjadikan Seseorang Bijaksana

Semata dengan menjawab soalan, peperiksaan tidak pernah menjadikan seseorang itu bijak. Apatah lagi menambahkan ilmu kepada seseorang itu apabila menjawab soalan di dalamnya. Adakah anda merasakan Peperiksaan dan Menuntut Ilmu itu adalah proses yang sama. Extra: Adakah Menuntut Ilmu satu Bebanan.

Memetik sebahagian dari ayat 151 Surah Al-Baqarah “… dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui”

Jika dilihat dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini, kita pernah menggunakan Sistem Pendidikan yang berorientasikan Peperiksaan (KBSR). Setiap murid di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pasti menghadapi beberapa tahap peperiksaan. Melalui ujian dan juga peperiksaan yang kita lalui itu dapat menilai sejauh mana tahap pemahaman dan penguasaan kita dalam sesuatu mata pelajaran.

Peperiksaan Tidak Menjadikan Kita Bijaksana

Keputusan Peperiksaan

Keputusan Peperiksaan adalah amat penting kerana ia adalah kayu ukur bagi menentukan keupayaan serta kemampuan seseorg melalui skema atau sistem pemarkahan. Ia memudahkan, seseorang itu membuat keputusan samaada untuk ke peringkat seterusnya atau kekal di tahap yang sama.

Apa Itu Peperiksaan

Apakah maksud peperiksaan dan tujuan ia dilaksanakan. Benarkah kita memahami tujuan peperiksaan itu. Sungguh menghairankan bagaimana masalah-masalah peperiksaan seperti kertas soalan peperiksaan bocor, jarak antara meja peperiksaan, pengawas peperiksaan pengawasi calon hingga ke tandas, calon peperiksaan ditangkap meniru dan lainnya masih boleh berlaku. Adakah Menuntut Ilmu satu Bebanan atau  mereka tidak faham apa itu peperiksaan.

Sejak menjadi guru, banyak kegagalan aku lalui. Mungkin itulah punca kenapa jiwa ini berat untuk menerima pujian. Perkara asas iaitu menerangkan tujuan sebenar peperiksaan pun hingga kini aku masih belum berjaya. Apa benar aku telah mengajar muridku ilmu yang baik selama ini.
— Hootoh Pendidikan

Sejarah dan Asal Usul Peperiksaan

Peperiksaan awam yang Pertama adalah diperkenalkan oleh Maharaja Shih Huang Ti. Peperiksaan tersebut dikendalikan oleh suatu jawatankuasa iaitu dipanggil sebagai Hon Kao Su. Peperiksaan diperkenalkan adalah untuk memilih pegawai kerajaan dalam kalangan rakyat untuk berkhidmat dengan kerajaan.
Peperiksaan itu meliputi 3 tahap sepertimana peringkat universiti iaitu bacelor, master dan phD. Peringkat tertinggi akan dijalankan di hadapan maharaja. Jika calon didapati meniru maka akan dihukum pancung serta merta.

Tujuan dan Maksud Peperiksaan

Peperiksaan tidak menjadikan seseorang itu minat untuk belajar. Namun sekurang-kurangnya sedikit menggalakkan pelajar untuk mengambil berat terhadap apa yang dipelajarinya. Adakah peperiksaan itu satu proses Menuntut Ilmu. Pastinya ramai yang sedar Belajar dan Peperiksaan adalah seuatu yang berbeza. Malah objektif dan tujuannya juga amat jelas berbeza.

Sejak Malaysia memperkenalkan KSSR dalam Sistem Pendidikan yang tidak berorientasikan Peperiksaan, telah berlaku beberapa masalah yang terpaksa warga pendidik pendamkan dalam hati. Bukannya warga guru tidak berani, tetapi masalah yang gagal di atasi Kementerian Pendidikan ini amat memalukan bila dibicarakan secara terbuka.

Seboleh-bolehnya biarlah ia dirahsiakan agar ia tidak diketahui oleh negara-negara jiran. Semua ini mungkin dugaan Allah keapada rakyat Malaysia. Melihatkan murid-murid yang semakin kabur masa depannya bersama sistem pendidikan yang berubah-ubah, apakah yang mampu warga guru kumpulan menurut perintah ini lakukan? Bersamalah kita berdoa agar pendidikan negara diterajui oleh golongan yang lebih berakal sedikit masa nanti.

Read more Article like Peperiksaan Tidak Menjadikan Kita Bijaksana at Memoir of Insani

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KSSR Tahun 5

Download Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KSSR Format. Koleksi Kertas Peperiksaan Format KSSR Tahun 5 untuk Semua Mata Pelajaran  ini hanyalah panduan. Download Year 5 KSSR Final Year Examination Paper for all subject

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KSSR Tahun 5

Sebahagian Ujian Akhir Tahun merujuk format baru yang diumumkan untuk UPSR 2016. Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) digubal sendiri oleh pihak sekolah. 

Soalan Tahun 5 Peperiksaan Akhir Tahun

Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian A
Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian B
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Inggeris Pemahaman
Bahasa Inggeris Penulisan
Bahasa Cina Sk
Bahasa Tamil Sk

Sains Kertas 1
Sains Kertas 2
Matematik Kertas 1
Matematik Kertas2

Reka Bentuk dan Teknologi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Sejarah

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KSSR Tahun 5

Senarai muat turun Peperiksaan Akhir Tahun Format KSSR ini bukan soalan rasmi yang dikeluarkan Lemabga Peperiksaan atau Kementerian Pendidikan. Skema jawapan tidak disertakan kecuali beberapa subjek. Extra: Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun (KSSR) Semua Mata Pelajaran.

Pautan Muat turun ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Koleksi Kertas Peperiksaan Akhir Tahun KSSR Tahun 5 ini telah di reHost dari beberapa laman blog dan portal pendidikan. Penghargaan kepada Portal KPM, Lembaga Peperiksaan dan Laman Hootoh Pendidikan atas perkongsian percuma ini. Semoga perkongsian Bahan Ilmiah ini memberi manfaat kepada guru dan murid di seluruh Malaysia.

Read more Article like Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KSSR Tahun 5 at Memoir of Insani

Bahan Penataran Format UPSR 2016 Semua Mata Pelajaran

Format Baru UPSR (KSSR) Lembaga Peperiksaan Malaysia. Download Bahan Penataran Format Kertas Peperiksaan untuk semua mata pelajaran UPSR 2016. Kaedah penskoran bagi pelbagai aras untuk item-item kertas 1 dan kertas 2. Pelaporan UPSR berbentuk lebih holistik dengan pernyataan gred A hingga E. 

Bahan Penataran Format UPSR 2016 Semua Mata Pelajaran

Selain Panduan Perlaksanaan PBS UPSR yang berlandaskan KBAT. Bahan-Bahan Penataran Format UPSR KSSR ini merupakan kesinambungan bagi Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2015 mengenai Format Peperiksaan Pusat dan Contoh Instrumen Peperiksaan UPSR 2016. Turut disertakan Soal Selidik Pemahaman Format UPSR 2016 dan Contoh Laporan PBS UPSR.

Penataran Format UPSR Kurikulum Standart Sekolah Rendah

Penataran ini adalah usaha memahami Format Baharu UPSR 2016 meliputi KSSR, melaksanakan PBS yang mempunyai KBAT, pengurusan UPSR masih tanggungjawab Lembaga Peperiksaan. Bahan-bahan dalam penataran ini juga diharap dapat dijadikan panduan bagi warga pendidik memahami Format kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Gred Pelaporan UPSR

Format Baharu menjadikan pelaporan UPSR berbentuk lebih holistik dengan pernyataan gred A hingga E yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Pelaporan PS, PAJSK dan PPsi dikeluarkan oleh pihak sekolah. Bersesuaian dengan maksud Penataran iaitu proses atau usaha membimbing untuk meningkatkan lagi pengetahuan para guru dan warga pendidik dalam menempuhi Arus Pendidikan Malaysia yang semakin mencabar ini.

Read more Article like Bahan Penataran Format UPSR 2016 Semua Mata Pelajaran at Memoir of Insani

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (KSSR) Semua Mata Pelajaran

Koleksi Kertas Ujian dan Soalan (KSSR) Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Contoh Soalan Peperiksaan KSSR Semua Mata pelajaran untuk Murid Tahun 1 hingga Tahun 5 Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan seluruh Malaysia. Muat Turun Soalan Peperiksaan Akhir Tahun untuk semua Mata Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Download KSSR Final Year Examination Paper for all subject. Extra: Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun (KSSR) Semua Mata Pelajaran.

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (KSSR) Semua Mata Pelajaran

Soalan Peperiksaan (KSSR) Akhir Tahun

Koleksi soalan peperiksaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disediakan hanyalah sebagai panduan dan rujukan para guru di seluruh Malaysia. Guru atau Ibu bapa dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu. Ada kemungkinan terdapat kesilapan di beberapa soalan. Ketika dimuat naik, Koleksi soalan KSSR ini masih releven dengan format yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan.

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARJAH 1

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Tahun 1 Kertas 1
Bahasa Melayu Tahun 1 Kertas 2
Bahasa Melayu Tahun 1 Jawapan K1

Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris Tahun 1
Bahasa Inggeris Tahun 1 Jawapan K1

Matematik
Matematik Tahun 1 Kertas 1
Matematik Tahun 1 Kertas 2
Matematik Tahun 1 Jawapan K1

Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani Tahun 1
Pendidikan Jasmani Tahun 1 Jawapan K1

Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Jawapan K1

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARJAH 2

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Tahun 2 Kertas 1
Bahasa Melayu Tahun 2 Kertas 2
Bahasa Melayu Tahun 2 Jawapan K1
Bahasa Melayu Tahun 2 Jawapan K2

Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris Tahun 2 Kertas 1
Bahasa Inggeris Tahun 2 Kertas 2
Bahasa Inggeris Tahun 2 Jawapan K1
Bahasa Inggeris Tahun 2 Jawapan K2

Dunia Sains dan Teknologi
Dunia Sains Teknologi Tahun 2
Dunia Sains Teknologi Tahun 2 Jawapan

Matematik
Matematik Tahun 2 Kertas 1
Matematik Tahun 2 Kertas 2
Matematik Tahun 2 Jawapan K1 K2

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARJAH 3

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Tahun 3 Kertas 1
Bahasa Melayu Tahun 3 Kertas 2
Bahasa Melayu Tahun 3 Jawapan K1 K2

Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris Tahun 3 Kertas 1
Bahasa Inggeris Tahun 3 Kertas 2
Bahasa Inggeris Tahun 3 Jawapan

Dunia Sains dan Teknologi
Dunia Sains Teknologi Tahun 3
Dunia Sains Teknologi Tahun 3 Jawapan
Dunia Sains Teknologi Tahun 3 JSU

Matematik
Matematik Tahun 3 Kertas 1
Matematik Tahun 3 Kertas 2
Matematik Tahun 3 Jawapan K1
Matematik Tahun 3 Jawapan K2
JSU Matematik Tahun 3

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARJAH 4

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1
Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 2
Bahasa Melayu Tahun 4 Jawapan K1
Bahasa Melayu Tahun 4 Jawapan K2
Bahasa Melayu Tahun 4 JSU

Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 1
Bahasa Inggeris Tahun 4 Kertas 2
Bahasa Inggeris Tahun 4 Jawapan
Bahasa Inggeris Tahun 4 JSU K1
Bahasa Inggeris Tahun 4 JSU K2

Sains
Sains Tahun 4
Sains Tahun 4 Jawapan

Matematik
Matematik Tahun 4 Kertas 1
Matematik Tahun 4 Kertas 2
Matematik Tahun 4 Jawapan K1
Matematik Tahun 4 Jawapan K2
Matematik Tahun 4 JSU K1
Matematik Tahun 4 JSU K2

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARJAH 5

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas 1
Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas 2
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan K1
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan K2

Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris Tahun 5 Kertas 1
Bahasa Inggeris Tahun 5 Kertas 2
Bahasa Inggeris Tahun 5 Jawapan K1
Bahasa Inggeris Tahun 5 Jawapan K2

Sains
Sains Tahun 5

Matematik
Matematik Tahun 5 Kertas 1
Matematik Tahun 5 Kertas 2
Matematik Tahun 5 Jawapan K1
Matematik Tahun 5 Jawapan K2
Matematik Tahun 5 JSU

Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Pendidikan Jasmani Kesihatan Tahun 5
Pendidikan Jasmani Kesihatan Tahun 5 Jawapan

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (KSSR)

Pautan Muat turun ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Koleksi Kertas Peperiksaan Akhir Tahun ini telah di reHost dari beberapa laman blog dan portal pendidikan. Penghargaan kepada Portal KPM, SGO dan Laman Hootoh Pendidikan. Semoga perkongsian Bahan Ilmiah ini memberi manfaat kepada guru dan murid di seluruh Malaysia.

Read more Article like Soalan Peperiksaan Akhir Tahun (KSSR) Semua Mata Pelajaran at Memoir of Insani