Peraturan dan Garis Panduan Baharu Filem-Filem Tempatan

Sikap Cakna Kerajaan dan Cita-Cita Finas merangkul Anugerah Oscar telah mewujudkan Peraturan dan Garis Panduan Baharu (2016) Filem-Filem Tempatan yang mula berkuatkuasa setelah dimaklumkan secara rasmi oleh (LPF) Lembaga Penapisan Filem Malaysia

Peraturan dan Garis Panduan Baharu Filem-Filem Tempatan

Kementerian benar-benar berharap Malaysia mampu memenangi anugerah bagi Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi dalam tempoh 2 tahun akan datang. Dengan Semangat dan Sokongan padu Kerajaan, setelah beberapa perbincangan. Demi merialisasikan Cita-cita Finas bagi merangkul Oscar buat Malaysia.

Garis Panduan Baharu (LPF) Lembaga Penapisan Filem Malaysia

Maka baru-baru ini LPF menerbitkan Peraturan Baharu Filem-filem tempatan, iaitu:
1. Adegan dan dialog yang “memperlekeh atau mengkritik kerajaan dan sensitiviti nasional” 
2. Adegan penjawat awam “menerima rasuah” atau “melakukan penyalahgunaan kuasa”
Adalah tidak dibenarkan tayangan di kaca TV.

Ini memandangkan 2 Adegan tersebut menggambarkan imej negatif negara. Sedangkan di Malaysia tiada berlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Oleh itu rakyat tidak pernah memperlekehkan Kerajaan yang mesra rakyat dan bertanggung jawab sebagaimana Malaysia. Dengan  penambahbaikan ini Semoga Industri Perfileman Negara semakin Maju Jaya.

Read more Article like Peraturan dan Garis Panduan Baharu Filem-Filem Tempatan at Memoir of Insani

Advertisements

Enjin Carian selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak

Enjin Carian untuk Murid Sekolah Rendah dan Kanak-kanak. Search Engines for audiences 18 and under. Isu Keselamatan kanak-kanak melayari internet terutamanya tapisan enjin carian untuk murid sekolah dalam mencari maklumat masih menjadi permasalahan kepada Ibu bapa dan Guru di seluruh malaysia. Sebagai earga pendidik, ingin saya kongsikan beberapa Enjin Carian Selamat untuk pengguna internet dibawah umur. Sesuai untuk pendidikan maya murid-murid sekolah rendah.

Enjin Carian selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak

Children’s Search Engines. Hasil carian yang ditapis dari halaman dewasa untuk Keselamatan Internet dalam Pendidikan Malaysia. Pastinya Ibu-bapa dan guru tidak perlu lagi risau. Search Engine for Students. Berikut ialah beberapa Enjin Carian yang Selamat digunakan oleh kanak-kanak sebagai bahan rujukan di internet.

ALA Sites for Kids
Direktori yang dipilih oleh ahli-ahli Persatuan Perpustakaan Amerika menggunakan garis panduan penilaian yang ketat.

Awesome Library
Perpustakaan maya untuk murid sekolah dan kanak-kanak. 30 000 sumber rujukan yang ditapis dengan teliti, termasuk bahagian 5% dalam pendidikan.

Dibdabdoo
Cara yang lebih selamat untuk murid-murid sekolah mencari maklumat dari internet. Safer way to search the Internet.

Ivy’s Search Engine
Resources for Kids. Enjin carian internet utama untuk kanak-kanak, pautan ke laman web rujukan untuk kanak-kanak. Beberapa bentuk carian dan pautan enjin khusus yang menarik minat kanak-kanak. Turut terdapat pautan kepada enjin carian sesuai untuk seisi keluarga.

Kids Click
Carian selamat untuk si kecil. Hasil carian yang ditapis untuk kanak-kanak.

Kids Search
Carian selamat untuk kanak-kanak. Enjin carian Khas agar Kanak-kanak dapat melayari internet dengan selamat. Semua hasil carian yang dipaparkan terlebih dahulu disaring.

Kids net
Tapak Pangkalan data. Sumber ilmiah untuk kanak-kanak dan remaja. Safe Database of suitable sites.

Know Play
Pautan pada halaman atlas, kamus, ensiklopedia, maklumat seni, akronim, maklumat seluruh dunia. Enjin carian ini juga mesra pengguna dengan sistem pelbagai bahasa yang tersedia.

Kids Teens
Direktori pilihan untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Open Directory Project.

Keselamatan Internet dalam Pendidikan Malaysia

Banyak yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru apabila anak atau murid melayari internet. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan hari ini kelpelbagaian peranti baharu untuk melayari internet tidak lagi menjadi perkara asing bagi mereka. Sekadar Enjin Carian Selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak tidak cukup untuk menjamin dunia siber selamat untuk kanak-kanak. 
Guru dan ibu-bapa perlu bersedia dalam mengharungi sistem pendidikan alaf 21. Selain mengikuti Perkembangan ICT, Kawalan dan Pemantauan secara berterusan adalah yang tindakan yang paling berkesan agar generasi muda berkembang dengan sihat untuk masa hadapan.

Read more Article like Enjin Carian selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak at Memoir of Insani

Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan

Amalan dan Doa menunggu Hari Keputusan Peperiksaan diumumkan. Panduan Menuntut Ilmu. Setelah selesai menghadapi peperiksaan/ujian maka tiba masanya untuk kita bertawakal kepada Allah atas segala usaha yang telah kita lakukan sebelum ini.
Sebagai manusia kita mampu berusaha dan Tuhan jua yang menentukan segalanya.
Sementara menunggu Tarikh Kuputusan Peperiksaan dikeluarkan, antara Amalan dan Doa yang perlu diamalkan ketika menunggu tarikh keputusan peperiksaan/ujian ialah:

Amalan dan Doa Kejayaan dalam Peperiksaan

Selain Ibadah wajib dan solat 5 waktu. Sentiasalah melakukan Solat Sunat kerana ia mampu mententeramkan jiwa dan kita.  Antara solat sunat yang boleh diamalkan setiap malam sehingga keluarnya keputusan ialah

  • Solat Ssunat Istikharah – Memohon hidayah.
  • Solat Sunat Hajat – Memohon kejayaan.
  • Solat Sunat Taubat – Memohon kemaafan di atas setipa khilaf yang telah dilakukan.

Doa Ketika Menunggu Keputusan Peperiksaan

Doa Memohon Kejayaan dan Keputusan yang Baik
Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan

Doa  Dihindari dan Dijauhkan dari Berita dan Perkhabaran Tidak Baik
Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan

Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran

Seterusnya, setelah selesai berdoa, perbanyakan membaca Al Quran. Sesungguhnya terlalu banyak rahsia tersembunyi disebalik ayat-ayat suci Al Quran. Sebagai Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan, bacalah ayat-ayat berikut:
  • Surah al-Waqiah – memohon si murahkan rezeki.
  • Surah Yassin – memohon untuk kuat ingatan.
  • Surah Luqman – memohon kebijaksanaan dan berkat Luqmanul hakim.
  • Surah ar-Rahman – memohon kasih sayang daripada pemeriksa terhadap calon (boleh juga dibaca malam sebelum peperiksaan ataupun selepas solat subuh)

Restu dan Doa Ibu Bapa dan Guru

Sepanjang tempoh menunggu Tarikh Keputusan Exam, banyakan beribadah. Ia dapat mengurangkan debaran menunggu keputusan peperiksaan Berpuasa sunat jika tidak mengganggu urusan seharian. Mohonlah Restu dan Doa dari ibu bapa dan guru. Sesungguhnya doa ibu bapa dan guru itu pasti dimakbulkan Tuhan. In sha Allah.

Berfikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Usah sesekali membayangkan sesuatu yang negatif. Percayalah pada ketentuan Allah. Dalam proses menuntut ilmu, selagi kita ingin belajar, tiada erti kegagalan.

Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan

Semoga Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan ini dapat kita amalkan. In Sya Allah. Semoga semua calon-calon peperiksaan dapat menerima keputusan dengan rasa syukur dan hati yang terbuka. Memoir Insani sentiasa mendoakan semua calon Peperiksaan Awam Malaysia tenang dan bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang diterima.

Read more Article like Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan at Memoir of Insani

Kesalahan Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Kesalahan dan Kesilapan ketika menjawab Soalan Sains Bahagian B (Item Subjektif) Peperiksaan Sekolah Rendah. Panduan dan Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B dan Kesilapan Lazim yang sering berlaku dalam Menjawab Soalan UPSR Sains Bahagian B.

Kesalahan Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Panduan dan Tips Menjawab Soalan Sains Sekolah Rendah. Berikut merupakan Kesilapan Lazim yang sering dilakukan murid/pelajar ketika menjawab Soalan Sains Bahagian B kemahiran proses sains.

Soalan Corak Perubahan

  1. Beri lebih daripada satu Pola/Corak untuk pembolehubah yang mempunyai satu corak sahaja.
  2. Tidak dapat membaca corak perubahan dengan betul.

Nota: Cara membaca corak daripada rangsangan soalan (jadual/carta palang) daripada kanan ke kiri atau bawah ke atas.

Skema        : bertambah
Contoh 1    : bertambah dan bertambah                         (BETUL)
Contoh 2    : bertambah dan (berkurang)                       (SALAH)
Contoh 3    : bertambah, bertambah dan bertambah      (BETUL)
Contoh 4    : bertambah, (berkurang) dan bertambah    (SALAH)

Soalan Tujuan Penyiasatan

  1. Tertinggal perkataan HUBUNGAN.
  2. Pola ditulis bersama pembolehubah.

Nota: Untuk mengkaji/menyiasat hubungan (PB.dimanipulasi) dengan (PB.bergerak balas).

Soalan Ramalan

  1. Menyatakan dalam Bentuk Julat.

Skema        : 30
Contoh 1    : 21 – 45              (SALAH)
Contoh 2    : 25 hingga 45     (SALAH)

  1. Tertinggal perkataan PALING/LEBIH DARIPADA/KURANG DARIPADA/ANTARA untuk meramal pada set data bukan nombor.
  2. Menyatakan unit yang salah

Nota: Unit tidak perlu ditulis.

Soalan Kesimpulan dan Hipotesis

  1. Tidak menyatakan Pola/Corak perubahan.
  2. Silap menyatakan Pola/Corak perubahan.
  3. Pola/Corak perubahan terkalih.
  4. Menulis jawapan untuk soalan tujuan penyiasatan.

Soalan Pembolehubah/Maklumat

  1. Pembolehubah tiada parameter.
  2. Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.
  3. Calon keliru/tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
  4. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak.
  5. Untuk soalan berikan maklumat, calon tidak menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas atau calon hanya menyatakan satu pembolehubah sahaja.

Soalan Inferens

  1. Menyatakan pemerhatian.
  2. Memberikan inferens pada objek/rujukan lain.
  3. Tiada perbandingan. (paling/lebih daripada/lebih berbanding/berbanding)
  4. Membuat pernyataan LEBIH DARIPADA pada objek bersifat mutlak – lebih lelaki, lebih neutral.
  5. Membuat perbandingan bagi soalan menyatakan dua inferens pada ruang jawapan kedua.

Kesilapan Lazim Menjawab UPSR Sains Bahagian B

Soalan Bahagian B dalam Kertas Peperiksaan UPSR Sains digubal untuk menguji tahap penguasaan murid dalam kemahiran proses sains, selain memastikan proses pembelajaran memberi pengalaman bermakna dan membantu membangunkan modal insan yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Kesalahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B ini adalah ihsan dan sumbangan Guru Pemeriksa Kertas Sains UPSR.

Read more Article like Kesalahan Menjawab Soalan Sains Bahagian B at Memoir of Insani

Panduan PBPPP Penyediaan Bahan Bukti

Panduan PBPPP (ePRESTASI). Cara Penyediaan Bahan Bukti PBPPP Evidence (D1) Nilai Profesional. (E4) Keilmuan Dan Pengetahuan. (A 4.4) Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Perkongsian informasi mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tips dan Cara-Cara penyediaan Fail PBPPP Guru.

Panduan PBPPP Penyediaan Bahan Bukti

D1. Nilai Profesional
E4. Keilmuan Dan Pengetahuan

A 4.4 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Keupayaan pegawai untuk:

  • Menguasai teknologi maklumat dalam bidang tugas
  • Mengintegrasikan pelbagai komponen TMK dalam bidang tugas
  • Membudayakan peningkatan keilmuan TMK

  • Laman web
  • Portal rasmi
  • Media sosial
  • E-mel
  • Buku program
  • Minit mesyuarat
  • Aplikasi sistem

4.4. Sebahagian bahan pendokumentasian perlu disisipkan bersama. Contohnya Muka Hadapan Slide Power Point dan Cover Buku Program. Sekiranya menggunakan medium elektronik, Salinan Print Screen juga boleh dijadikan Bahan Bukti (evidence).

Panduan PBPPP Penyediaan Bahan Bukti

Cara Penyediaan Bahan Bukti (ePRESTASI) ini merujuk Perkongsian Berkaitan PBPPP oleh Puan Ruslina Yunus. Panduan 22 Cara Penyediaan Bahan Bukti PBPPP (D1) Nilai Profesional. (E4) Keilmuan Dan Pengetahuan. (A 4.4) Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Noted: Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru #PBPPP

Read more Article like Panduan PBPPP Penyediaan Bahan Bukti at Memoir of Insani