Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya

Negaraku Malaysia Bumi Tercinta. Demi Panda Bertuah biarlah Pak Belang Hilang Taringnya. Seluruh rakyat diseru agar Berbangga dengan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang. Tanda kerajaan China amat menghormati Malaysia. Rakyat Malaysia Berbanggalah dengan Panda Gergasi.

Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya

Pertukaran Haiwan adalah Simbol Jalinan Hubungan Diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. Malaysia, tempat tumpahnya darah merahku. Pak Belang hilang belang dan taringnya berdepan Haiwan Bulat yang Hitam Putih Badannya.

Antara Syarat Hubungan Diplomatik Panda antara Kuala Lumpur dan Beijing ialah mengenai Pasangan Panda Gegasi (Xing Xing dan Liang Liang).
  • Malaysia dipinjamkan Pasangan Panda Gergasi oleh Beijing.
  • Malaysia penuhi syarat Bina Penempatan Panda iatu Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) yang dianggarkan RM25 juta.
  • Bayaran sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun sebagai sewa pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang.
  • Bonus Bayaran sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) kepada China bagi setiap anak panda yang lahirdi Malaysia.

Tenuk Malaysia ditolak Kerajaan China

Kerajaan tidak henti-henti meluahkan rasa bangga dan tersanjung kepada kerajaan China kerana meminjamkan pasangan panda gergasi kepada Malaysia sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing. Sebagai tanda terima kasih Malaysia menghantar seekor Tenuk sebagai balasan. Namun secara terang-terangan ditolak oleh kerajaan China sehingga ke hari ini. Seumpama merayu negara terus cuba berkali-kali. Semua ini kerana kita negara bermaruah.

Negaraku Malaysia Tanah Tumpah darahku. Perkara yang berlaku dalam hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing (40 Tahun) tiada kaitan dengan Tragedi MH370. Malah Malaysia berasa bangga dan bertuah kerana kerajaan China sudi meminjamkan Panda Gegasi (Xing Xing dan Liang Liang) kepada negara. Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Belangnya.

Rakyat Malaysia Berbanggalah dengan Panda Gergasi

Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersama-samalah kita bersatu untuk berasa bangga dengan Panda Gergasi (Xing Xing dan Liang Liang). Baru-baru ini Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang selamat dilahirkan. Maka tidak hairanlah perasaan bangga yang meluap mungkin menjadikan anda teruja hampir hendak pitam. 
Memahami situasi itu Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara merancang tarikh sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia mengunjungi pasangan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang dan anaknya. Manakala Pak Belang hanya mengintai dari kejauhan.

Read more Article like Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya at Memoir of Insani

Advertisements

Wajah-Wajah Tenang Meredakan Ribut dan Taufan

Siapakah pemilik Wajah-Wajah Tenang yang mampu Meredakan Ribut dan Taufan dalam kehidupan anda sekiranya bersua muka, terpandang atau sekadar menatap potretnya. Sekiranya Tokoh Sastera Tanah Air yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin mengakui melihat ketenangan dalam setiap gambar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun gambar-gambar tersebut diambil secara tidak sengaja mahupun curi-curi. Sumber: Pensyarah akui tenang bila lihat foto Tok Guru.

Wajah-Wajah Tenang Meredakan Ribut dan Taufan
Alhamdulillah.. seandainya kita berasa tenang ketika melihat wajah insan lain, bersyukurlah. Walaupun siapapun insan tersebut, tak kira apa bangsa dan agamanya. Kerana apa yang pasti, ketenangan itu tercipta dari rasa hormat serta rendah hati “insan yang melihat”… dan pastinya semua itu berlaku dengan kasih, rahmat dan izin Allah jua.

Secara Peribadi sepanjang Memoir Insani. Sejujurnya saya sendiri juga berasa tenang ketika melihat wajah Allahyarham Nik Aziz ketika hidupnya dahulu. Saya tidak ada Potret TG Nik Aziz oleh itu tidak pasti bagaimana rasanya jika melihat pada Potret atau Lukisan wajah semata-mata. Ketika hidupnya, beliau adalah diantara insan yang memiliki wajah-wajah yang bukan sahaja menyenangkan malah mungkin boleh meredakan rasa gelisah dan api amarah dalam diri mereka yang melihatnya. Ekstra Note: Persekitaran Kubur TG Nik Aziz diziarahi Seluruh Umat Islam.

Kenyataan diatas adalah merujuk kepada dari saya sendiri, dan tidak bermaksud ia sesuatu yang baik kepada individu lainnya. Namun dalam semua wajah-wajah tenang yang pernah saya tatap, tidak mungkin ada wajah tenang lainnya yang boleh menghentikan badai gelora, angin ribut dan mampu meredakan kering dan haus kemarau dalam hidup saya melainkan Wajah Ibu saya Che Zalani Binti Adis dan Bapa saya Abdul Rashid bin Abdul Majid serta Guru-Guru yang pernah mendidik saya. Ampunkan dosa anak mu ini Ampunkan dosa murid mu ini.

Read more Article like Wajah-Wajah Tenang Meredakan Ribut dan Taufan at Memoir of Insani