Apa itu Zika Virus (Demam Zika)

Virus Zika (ZIKV) adalah sejenis virus dari kumpulan keluarga Flaviviridae dan Genus Flavivirus. Apabila seseorang manusia deserang Virus Zika, ia menyebabkan Penyakit Demam Zika. Zika, Denggi, Chikungunya dan Demam Kuning serta West Nil dan Japanese Encephalitis dikelaskan dalam kumpulan virus Flaviviridae. Kita boleh mengenali dan mengesan tanda-tanda serangan virus zika dengan melawat laman-laman kesihatan seperti Zika virus Infection dan Pemantauan Virus Zika oleh KKM.

Apa itu Zika Virus (Demam Zika)

Nyamuk Punca Demam Zika

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk dari beberapa spesies Genus Aedes – Aedes aegypti, Aedes africanus, Aedes apicoargenteus, Aedes furcifer, Aedes luteocephalus dan Aedes vitattus. Zika virus infection is a mild febrile viral illness transmitted by mosquitoes. Informasi Apa itu Zika Virus (Demam Zika) ini sekadar untuk bacaan pengetahuan. Jika ada simptom demam zika anda dinasihati berjumpa pakar kesihatan yang bertauliah.

Asal Usul Virus Zika

Virus ini pertama kali ditemui pada tahun 1947 dan berasal dari Monyet Rhesus di Hutan Zika, Uganda, Afrika. Walaupun kumpulan monyet ini telah dikuarantin atau diasingkan dari manusia, namun dari 1951 hingga 1981, namun banyak kes jangkitan manusia dilaporkan dari negara-negara Afrika. Malah turut berlaku Demam Zika di  bahagian-bahagian Asia termasuk India, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Read more Article like Apa itu Zika Virus (Demam Zika) at Memoir of Insani

Advertisements

Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kempen di seluruh negara bagi membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk vape atau rokok elektronik (e-rokok). Di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, cecair nikotin vapor atau e-rokok diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar. Extra: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.

Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen

Jika didapati tidak memiliki lesen untuk menjualnya, e-rokok atau vapor yang mengandungi cecair itu akan dirampas.
 — Datuk Seri Dr S Subramaniam

Pembanterasan adalah proses berterusan dalam membantu memulihkan kadar kutipan cukai produk tembakau yang menyusut setelah perokok tidak lagi membeli rokok tembakau setelah vape atau e-rokok diperkenalkan. Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen itulah Ikrar Kementerian Kesihatan.

Bagi membolehkan Pembanterasan vape atau e-rokok dilakukan mengikut undang-undang, Kementerian Kesihatan terpaksa menggunakan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 dalam kempen membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen.

Di bawah Akta Racun, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar. Tetapi bagi Rokok Tembakau, nikotin dalam tembakau dikecualikan daripada Akta itu kerana kawalan tembakau terletak di bawah Akta Makanan.

Walaupun tiada bukti dan fakta yang sahih. Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan e-rokok kerana ia berbahaya kepada kesihatan. Kementerian Kesihatan juga bersungguh-sungguh cuba meyakinkan masyarakat Malaysia mengenai e-Rokok, vapor atau nikotin elektronik menggunakan alat dan cecair pelbagai perisa yang menggunakan kuasa bateri dan mengeluarkan asap adalah sama seperti merokok tetapi tanpa tembakau. #Vapor #e-Rokok

Read more Article like Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen at Memoir of Insani

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah

Larangan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang merangka peraturan tentang larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah. Larangan penggunaan vape di sekolah tidak banyak berbeza dengan larangan merokok di sekolah. Sumber: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah

Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada guru dan pihak sekolah sahaja tidak boleh. Tapi jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah
— Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Bagi memulihkan kembali jualan rokok tembakau, pelbagai usaha untuk menjatuhkan jualan Rokok Elektronik atau Vape telah dilakukan. Walaupun kelihatan agak melucukan. Semoga tiada pihak yang cuba memulakan Kempen Hisap Rokok Tembakau dalam usaha menambah pendapatan negara melalui cukai produk tembakau.

Komuniti Vape Mahukan Peraturan Lebih Baik dan seakan Faham maksud disebalik sebenar disebalik serangan dari kerajaan dan agensi-agensi lainnya. Meningkatnya Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape adalah punca kejatuhan pasaran rokok tembakau yang mana turut mengurangkan kutipan cukai kerajaan.

Cadangan cecair perisa rokok elektronik (e-rokok) atau vape yang bernikotin dikenakan cukai oleh Komuniti Vapor seolah-olah memahami hasrat sebenar kerajaan sebelum ini. Memandangkan hanya berbaki beberapa bulan saja lagi tempoh untuk melangsaikan hutang 1MDB, sudah tentu pengurangan hasil cukai produk tembakau mencemaskan kerajaan Malaysia

Baru-baru ini tersebar khabar angin yang Malaysia akan mengharamkan Vape. Sebagai bukti menunjukkan sokongan yang seiring dengan kerajaan,  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengharamkam Vape. Hingga kini belum ada kajian dari mana-mana negara yang mengatakan Vape adalah pilihan yang merbahaya. Namun apa yang menariknya ialah  Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dari kajian mereka Kandungan cecair vape adalah Bahaya. Sedangkan sebelum ini Kementerian Kesihatan boleh terlepas pandang Produk paracetamol syrup 120 miligram/5 mililiter yang akhirnya ditarik balik kerana mengandungi alkohol.

Read more Article like Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah at Memoir of Insani

Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental

1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia berisiko mengalami masalah mental di alam remaja, iaitu ketika usia antara lima hingga 16 tahun. Perkara berkenaan dikesan melalui Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan sekitar 1996 hingga 2011 bagi mengukur prevalens masalah kesihatan mental atau morbiditi psikiatri. Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan.

Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental

Permasalahan ini perlu ditangani dengan mengamalkan Kemahiran Minda Sihat yang membolehkan setiap pesakit menenangkan diri, mengawal kemarahan, mempunyai kemahiran bagi mengatasi konflik dan berupaya membuat keputusan rasional.

Pada tahun 1996, masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bagi usia itu adalah pada kadar 13 peratus, dan pada 2006 meningkat kepada 19.4 peratus. Lima tahun kemudian, ia terus menunjukkan peningkatan kepada 20 peratus.

Kemahiran Minda Sihat

Idea untuk membunuh diri juga adalah tinggi iaitu sebanyak 1.7 peratus, manakala rancangan dan cubaan membunuh diri pula masing-masing 0.9 peratus dan 0.5 peratus. Perkara ini dipetik dari keyataan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub ketika merasmikan pelancaran Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Permai, Johor Baharu. Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental merujuk sumber 1 daripada 5 kanak-kanak berisiko alami masalah mental usia 5-16 tahun.

Read more Article like Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental at Memoir of Insani

Bayar RM1 Untuk Ubat RM3 Ribu

Di Malaysia pesakit hanya membayar RM1 sahaja untuk ubat beharga RM3 Ribu. Memandangkan Subsidi Kesihatan Malaysia adalah yang tertinggi di dunia. Oleh itu, masyarakat wajar mendidik generasi baru untuk bersyukur dan menjadi rakyat yang berterima kasih.

Bayar RM1 Untuk Ubat RM3 Ribu

Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir memberitahu staf dan pelajar perubatan tentang cara merawat kes berkenaan dan ubat mencairkan darah yang digunakan itu berharga RM 3 ribu. Namun di Malaysia pesakit hanya membayar RM 1 sahaja untuk ubat itu. Rata-rata pelajar perubatan terkejut dan tidak percaya.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Di Malaysia pesakit hanya membayar RM1 sahaja untuk ubat beharga RM3 Ribu…
Posted by Abdul Rahman Abdul Kadir on Tuesday, June 9, 2015

Lalu Doktor Abdul Rahman maklumkan, kerajaan Malaysia menanggung subsidi kesihatan untuk rakyat. Subsidi kesihatan Malaysia adalah yang tertinggi di dunia. Di sinilah mengalirnya sebahagian bayaran GST dan cukai rakyat. Extra: Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi. Bayar RM1 Untuk Ubat RM3 Ribu.

Read more Article like Bayar RM1 Untuk Ubat RM3 Ribu at Memoir of Insani

Kempen 1 Tikus 1 Ringgit Pendapatan Sampingan

Keuntungan dengan Kempen 1 Tikus 1 Ringgit di Malaysia. Program bermusim untuk seluruh rakyat Malaysia. Tangkap Tikus dapat upah RM1.00 sama ada hidup atau mati. Memandangkan keadaan ekonomi negara, Program Tangkap Tikus ini mungkin menjadi sumber pendapatan sampingan warga kota, berusahalah rakyat Malaysia. Semoga dapat mengurangkan  Keperitan GST Rakyat.

Kempen 1 Tikus 1 Ringgit Pendapatan Sampingan

Gejala negatif berpunca dari Tikus menyebabkan pengusaha restoran di ibu kota, Kuala Lumpur ditegur oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Jaga kebersihan jika mahu memperoleh keuntungan jangka panjang! Sumber: 1Tikus 1Ringgit 

Program 1 Tikus 1 Ringgit Malaysia

Pernahkah anda terdengar mengenai 1Tikus 1Ringgit. Program Tangkap Tikus dan bawa kepada DBKL, 1 T1kus akan dibayar 1 Ringgit. Tangkap Tikus dengan apa cara sekalipun. Anda mampu mengubahnya.

Read more Article like Kempen 1 Tikus 1 Ringgit Pendapatan Sampingan at Memoir of Insani