Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC

Pasukan Petugas Khas dan Polis menyerbu Pejabat 1MDB di Menara IMC Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur. Serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Serbuan Polis dengan tiga kereta peronda polis dan sebuah van telah dirakam di hadapan bangunan pejabat 1MDB. Apakah Hasil Siasatan 1MDB Laporan Polis akan didedahkan kepada umum. Menurut Sumber; The Star mengesahkan bahawa polis telah hadir di pejabat syarikat itu yang terletak di Menara IMC. Namun wartawan The Star tidak diberikan akses masuk ke pejabat 1MDB agar tidak mengganggu proses Siasatan Polis – 1MDB.

Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC

Penyambut tetamu pejabat 1MDB memaklumkan bahawa Pihak Polis dan 1MDB memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke pejabat mereka yang terletak di tingkat lapan kerana mereka tidak mahu diganggu. Malah seorang pegawai keselamatan juga diarahkan agar tidak membenarkan rakaman footages dibuat di premis Menara IMC sepanjang kehadiran pihak polis.

Hasil Siasatan 1MDB  Laporan Polis

Terlalu awal untuk meramal apakah Hasil siasatan pihak polis terhadap 1MDB. Walaupun pasukan petugas khas dan pihak polis telah menyerbu Pejabat 1MDB, namun tujuan dan apakah siasatan yang dilakukan masih belum dipastikan. Adakah Pihak polis sedang menyiasat Penyelewengan Dana 1MDB atau menyiasat Bagaimana Wall Street Journal memperoleh dokumen bank 1MDB yang dimuat naik di laman webnya baru-baru ini.

Pejabat 1MDB diserbu Polis

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah melakukan siasatan terhadap 1MDB.
Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain serta merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB – SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa WSJ The Wall Street Journal. Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC.

Read more Article like Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC at Memoir of Insani

Advertisements

Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa

Agak mengejutkan bila terlhat Gambar Anak Kecil Beraksi Dewasa sebegini. Adakah ia semulajadi dari fikiran kanak-kanak yang telah matang. Jika aksi melampau budak bawah umur ini sekadar meniru tingkah laku golongan dewasa, sudah tentu ia dari televisyen atau masyarakat di sekeliling mereka.

Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa

Sekurang-kurangnya ia membuktikan kanak-kanak hari ini cepat belajar dari persekitaran. Namun perkara utama yang lebih membimbangkan ialah, bila wajah Anak Kecil ini kelihatan sungguh ceria dan gembira sekali walaupun dalam aksi melampau itu. Sebagai guru, tidak sanggup untuk saya sisipkan bersama beberapa keping Gambar Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa lainnya. Namun telah saya hostkan juga dengan merujuk pautan dibawah

Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa

Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa

Apa yang menjadi alasan ahli keluarga dan masyarakat sekitar bila melihat aksi budak sekecil ini sungguh ceria dan gembira sekali. Mereka tidak merasa malu, malah amat bersahaja sekali bergaya seakan model porno.

Read more Article like Gaya Melampau Kanak-Kanak Beraksi Dewasa at Memoir of Insani

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

1Malaysia Development Bhd (1MDB) CEO Arul Kanda Kandasamy mendedahkan butiran terperinci hutang RM42 bilion yang diraih 1MDB firma pembangunan strategik milik kerajaan itu boleh berlaku. Penjelasan pecahan Hutang 1MDB ini diharap dapat membantu untuk membersihkan sebarang kekeliruan berhubung Isu 1MDB ini yang terlalu lama menjadi tekanan besar pada peringkat tertinggi pentadbiran Malaysia.

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

Terlalu banyak spekulasi mengenai hutang RM42 bilion, dan lebih khusus lagi mengenai RM27 bilion hutang yang dikatakan hilang atau rugi. Seluruh Malaysia mendesak agar segala butiran 1MDB didedahkan. Arul Kanda sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan akhirnya menjelaskan Perincian hutang RM42 bilion 1MDB.

RM18 bilion digunakan untuk membeli aset tenaga; RM1.7 bilion untuk membeli tanah di TRX, Bandar Malaysia dan di Pulau Pinang; RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan, RM15.4 bilion merangkumi dana pelaburan dan lebihan tunai sebanyak RM0.9 bilion.
— Arul Kanda Kandasamy

Secara kasar segalanya telah didedahkan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda. Namun 1MDB juga akan menyediakan ringkasan berhubung hutang RM42 bilion telah digunakan untuk apa, maklumat yang didedahkan sepenuhnya dalam akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh didapati secara terbuka dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Isu 1MDB satu Lagenda

Tiada siapa melakukan kesilapan atau yang bersalah. Tiada sebarang tangkapan dan tidak berlaku pendakwaan. Hanya pendedahan Bagaimana hutang RM42 1MDB boleh berlaku, maka segalanya selesai dan kembali seperti biasa. Suatu hari nanti Kontroversi Isu 1MDB bakal menjadi Lagenda. 1Pendedahan mampu menyelesaikan 1Juta Permasalahan. Besama kita Nantikan dan Download Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB seperti yang dimaklumkan.

Read more Article like Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion at Memoir of Insani

Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah

Isu Hukuman Merotan Murid di Sekolah. Kenapa Merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan. Namun apabila merujuk Keyataan Yasmin Hani “merotan anak murid oleh guru tidak lagi relevan” maksud sebenarnya dapat saya fahami dan  terimalah ucapkan terima kasih ikhlas dari seorang guru. 

Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah

Memandangkan kerjaya dan gaya kehidupan Yasmin Hani. Saya merasakan, beliau tidak menyentuh mengenai Hukum Rotan dalam Islam di Sekolah Malaysia kerana pada hemah saya, semua sedia maklum akan Peraturan dalam Sistem Pendidikan kita yang masih berbentuk sekularisme sejak diperkenalkan pada 16 Mei 1956. Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah.

Demi masa, tugas guru semakin mencabar. Jalur Jiwa dan Aliran Waktu seorang guru perlu banyak arahnya di sekolah agar sentiasa bersama murid-murid. 
 — Hootoh Pendidikan

Kes Rotan Bayangan

Pendapat Hukuman Merotan anak murid Pelakon Yasmin Hani. Agar mudah dihadam akal dan jiwa, saya menciptakan satu Kes Rotan Bayangan. Ini bukan kejadian sebenar oleh itu kisahnya tidak lah terlalu dramatik.

Seorang murid tidak siap kerja sekolah, guru beri amaran, namun murid menjawab biadap. Guru merotan dan mungkin ada sedikit kesan. Ibu bapa datang mendapat penjelasan, namun selalu belaku miss comunication. Maka kes rotan itu mula panas, kenyataan akhbar, pihak polis, saman menyaman, kes-kes lama, ungkit mengungkit dan pelbagai lagi.
Isu begini akan mengganggu emosi saya. Sudah tentu saya tidak fokus pada Pengajaran haian dan murid-murid saya. Mungkinsaya perlu ke balai polis, menjelaskan kepada pegawai pendidikan. Malah di kejiranan juga ramai yang datang kerumah menyatakan simpati dan tidak kurang memerli. Saya guru tidak kuat jiwanya, jika Kes ini berlarutan seminggu lamanya mungkin saya terabai mengenai rancangan tahunan yang saya rancang utuk murid saya.
Mungkin saya terpaksa ambil cuti sekiranya terlalu penat atau kes itu berlanjutan ke Makhamah. Dalam tempoh itu di sekolah mungkin bukan lagi seorang murid saya yang tidak siapkan kerja rumah. Sungguh malang nasib saya, cuba membetulkan seorang murid tidak siap kerja rumah dengan hukuman rotan, namun akhirnya sekelas murid saya agak terabai.. Tidak kisahlah saya menang atau tidak dalam kes tersebut, kerana keutamaan tugas seorang guru ialah mendidik.

Jika Hukuman Merotan anak Murid memberi Impak Besar seperti Kes Rotan Bayangan di atas. Agak kurang bijaksana jika saya memilih hukuman merotan kepada murid saya. Untuk terus releven dengan hasrat mendidik buat masa ini dan sentiasa ingin bersama murid agar mendidik menjadi satu usaha berterusan, saya perlu play safe dalam semua perkara. Mungkin Merotan anak Murid bukan pilhan utama saya.

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

Memandangkan Budaya dan Sistem Sekular diamalkan dalam Pendidikan di Malaysia. Saya Bersetuju dengan Kenyataan merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan oleh pelakon Yasmin Hani. Memandangkan Budaya dan Sistem Sekular diamalkan dalam Pendidikan di Malaysia. Maafkan ini hanya Pendapat peribadi.

Makluman di bawah tidak sepatutnya saya sertakan bersama. Namun memandangkan sikap dan budaya kita yang cepat melatah dan suka menggunakan kata-kata kasar. Maka saya sertakan juga AMARAN dan PERHATIAN (dengan Caps Lock) demi menjaga Nilai-nilai murni kemanusiaan kita semua
  • AMARAN: Tiada langsung menyentuh Hukum Hakam Merotan dalam Islam terdapat dalam entri ini. Tiada perkataan Hukum Hudud dalam entri diatas.
  • PERHATIAN: Hukuman merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi Relevan. Maksud “tidak releven” disini apabila dikaitkan dengan Budaya dan Sistem Pendidikan Malaysia.

Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah
Walaupun Kenyataan merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan yang dituturkan oleh Yasmin Hani baru-baru ini nampaknya telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Namun usahlah kita mencemuh dan bertindak tidak rasional. Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah.

Read more Article like Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah at Memoir of Insani