Redha dan Hormati pemergian Pak Yus Jambu

Allahyarham Yussry Bin Edoo bayak sekali jasanya kepada saya. Sebagai peminat dari kaca televisyen, saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah satiap kali melihat atau terkenang persembahan ketika hidupnya dahulu. Popular dengan nama Yus Jambu, selebriti yang cukup menghiburkan dengan aksi lawak spontannya menghilangkan segala bebanan dan penat badan setelah seharian bekerja. Sebahagian Info dan Gambar merujuk Entri Yus Jambu dalam Doa dan Kenangan.

Sebagai yang hidup, Kita disarankan untuk menyebutkan akan kebaikan si mati tetapi tidaklah hingga mereka-reka cerita yang melampau hak, seakan ada keajaiban pada si mati. Saya percaya pada Kebesaran Allah. Amat benar sekali dengan Kuasa Allah apa saja boleh berlaku. Kuatkan diri, banyakan membaca Al Quran.. Kebenaran itu akan dilihatkan kepada sesiapa yang diinginkan-Nya.

Saya agak terkilan setelah terlihat di laman sosial dan beberapa laman sesawang tempatan. Yang baik harap dapat diteruskan, namun secara pribadi, banyak juga yang tidak berapa menyenagkan. Seandainya ia benar sekalipun biarlah ia dalam likungan keluarga yg terdekat saja. Izinkan saya memilih satu sebagai contoh, perkongsian Foto dengan penerangan Ya Allah! Foto Kucing Kesayangan Pak Yus Menangis Selepas Kematian Pak Yus. Ia betul-betul mengingatkan saya kepada Kisah Abdurrahman.

Abdurrahman ialah nama diberikan ketika memeluk islam. Namun lebih dikenalidengan Abu Hurairah yang bermaksud Bapak Kucing. Beliau telah  menyumbangkan peranan besar dalam sejarah Islam dan hadits. Seorang sahabat Rasulullah yang menjadi orang pertama yang sering meriwayatkan hadits-hadits Rasulullahselain Paling banyak meriwayatkan hadits dari Rasulullah saw, yaitu kurang lebih sebanyak 5.374 hadits.

Nama Abu Hurairah didapatkan oleh beliau karena beliau memiliki seekor kucing peliharaan yang selalu dibawa kemanapun beliau pergi. Kucing itu ibarat bayang-bayang yang selalu mengikuti beliau kemana saja. Kucingnya juga sering dimandikan, dibersihkan, dan tentunya diberi makanan yang layak.

Selain kucing itu, Abu Hurairah juga memiliki beberapa ekor kucing peliharaan di rumahnya. Kesukaan Abu Hurairah pada kucing, merupakan inspirasi yang beliau dapat dari Rasulullaah SAW yang juga mencintai kucing. Kerana kecintaannya pada kucing itu, kemudian Abdurrahman ini diberi julukan Abu Hurairah, yang berarti Bapak Kucing. Namun ketika matinya Abu Hurairah, tiada pula kisah kucing kesayangan beliau menagis kerana bersedih.

Redha dan Hormati pemergian Pak Yus Jambu

Semoga Allah memberikan pahala yang berganda kepada keluarga, saudara, sahabat dan memberikan mereka hati yg redha dengan ketentuan ini. Jiwa tenang agar dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati

Hormati dan bersimpatilah kepada saudara terdekat yang diuji dengan kesedihan. Ini hari mereka dan hari kita pasti akan tiba jua. Perasaan Sedih ada Beratnya, bila terlalu berat perlu ada Penyandarnya. Cubalah sedaya upaya untuk Bersederhana, jangan berlebih-lebihan..

ن لله ما أخذ, وله ما أبقى, وكل شيء عنده بأجل مسمى, فاصبر واحتسب

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kita semua kepunyaan Allah, Dia berhak mengambilnya atau membiarkannya. Segala sesuatu di sisinya mempunyai batas waktu tertentu.  Redha lah agar allahyarham kembali ke Rahmatullah dengan tenang dan tak kembali buat selama-lamanya. Allah سبحانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka. Maka Berdoalah agar sedekah Al Fatihah dari alam dunia ini diterima dan bersama mendapat (pahala).

Read more Article like Redha dan Hormati pemergian Pak Yus Jambu at Memoir of Insani

Advertisements

Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku

Mencari sifat-sifat dan ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam lagu Negaraku Lagu Kebangsaan Malaysia. Bermula baris pertama hingga akhir tiada sepatahpun perkataan Malaysia atau Melayu wujud dalam lirik lagunya. Berulang kali dinyanyikan namun masih Tiada Indentiti Malaysia dalam lagu Negaraku itu. Apakah pentingnya Indentiti dalam Lagu Kebangsaan. Apakah maksud Lagu Kebangsaanan dan tujuan lagu itu dicipta.

Lagu kebangsaan, umumnya adalah sebuah gubahan muzik bersifat sesebuah negara yang diiktiraf oleh sebuah negara sebagai lagu rasminya. Dari segi rentak dan irama serta liriknya adalah berciri dan bersifatkan sesebuah negara atau bangsa itu sendiri.

Lagu Kebangsaan Malaysia Negaraku (1957) Muzik oleh French Pierre Jean de Beranger dari lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan. Ada juga sumber mengatakan Lagu Negaraku asalnya lagu rasmi dari Kesultanan Perak. Lagu Terang Bulan, yang berasal dari pulau Mahe di Kepulauan Seychelles dan dipopularkan oleh Raja Abdullah setelah pulang dari pulau Seychelles. Berikut ialah lirik lagu Negaraku.

Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku

Dari lirik lagu Negaraku, dapatkah anda lihat indentiti negara Malaysia. Adakah anda terjumpa baris yang menyebut Melayu, iaitu kaum utama di Malaysia. Secara mudahnya, jika anda orang asing dengan mendengar lagu Negaraku, adakah dia tahu itu Lagu Kebangsaan Malaysia.

Merujuk Senarai Lagu Kebangsaan di seluruh Dunia. Kita lihat pula lagu Kebangsaan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia. Berikut adalah sebahagian rangkap liriknya

Lagu Kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya (1945)

Indonesia tanah airku, Tanah tumpah darahku,
Di sanalah aku berdiri, Jadi pandu ibuku…
Indonesia kebangsaanku, Bangsa dan tanah airku,
Marilah kita berseru, Indonesia bersatu…

Lagu kebangsaan Thailand iaitu Phleng Chat (1939)

Thailand menyatukan jiwa dan raga suku Thai.
Negara rakyat; dimiliki suku-suku Thai dalam segala hal…

Lagu kebangsaan Singapura iaitu Majulah Singapura (1965)

Mari kita rakyat Singapura, Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia, Berjaya Singapura

Tiada Indentiti Malaysia dalam lagu Negaraku

Biarlah lagu sekolah pun ada disebut nama sekolah dalam lirik lagunya. Namun tetap tidak pudar rasa cinta dan kesetiaan saya kepada negara. Walaupun lagu Negaraku lagu kebangsaan tanpa indentiti negara, namun rasa hormat saya tidak pernah hilang. Saya Hootoh dan saya sayangkan Malaysia.
Read more Article like Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku at Memoir of Insani

Kisah Anjing Menggonggong Bayi Manusia

Kita percaya kasih lebih baik dari benci. namun adakah kasih sayang akan kekal dalam peradapan manusia untuk selamanya. Mungki zahirnya, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan kasih sayang; kita dikelilingi oleh insan yang mengambil berat, orang yang baik tingkah lakunya dan indah tutur bicaranya. 

Kisah Anjing Menggonggong Bayi Manusia

Lihat disekeliling anda. Tidakkah anda melihat dan mendengar sama seperti saya, maka kehidupan kita mungkin serupa. Tapi, jika kita boleh mendengan suara hati seseorang yang lain, adakah semua pandangan kita masih sama. Ekstra: Cinta Tidak Mungkin Sempurna.

Dalam Hidup ini Kita tak Perlu Tambahkan Bulan, Bintang, Gunung dan Lautan.. Apa yang Kita perlu tambahkan adalah Kasih Sayang. Jika itu pun kita tiadak mampu berikan, Tak mustahil satu hari nanti Matahari pun menjadi rebutan.
— Hasnul Rahmat (Tun ) KL Menjerit (2002) 

Gambar Anjing Menggonggong Bayi Manusia ini menunjukkan bagaimana seekor haiwan yang ditentukan ia dan keterunannya haram dimakan oleh Allah. dan Maha Besar Allah, hikmah disebalik kejadian ini semoga diberi hidayah oleh Nya kepada manusia yang jahil dan sombong.

Gambar Anjing Menggonggong Bayi Manusia

Cerita bermula di sebuah jalan di Oman, apabila anjing yang kelaparan berkeliaran untuk mencari makanan, namun menjumpai sesuatu yang sukar dipercayai. Anjing itu menemui bayi dengan tali pusat yang baru lahir  mungkin hanya beberapa jam. Apakah yang tidak berhati perut yang sanggup melakukan semua ini? Tanpa kurniaan akal, Agaknya apa yang anjing yang sedang lapar ini akan lakukan?

Kisah Anjing Menggonggong Bayi Manusia

Anjing itu mendekati bayi itu sambil menghidu. Lalu digonggongnya bayi itu di antara rahang di belakang taringnya dan terus ke arah sebuah rumah paling berhampiran. Sebaik saja meletakkan bayi itu di depan pintu, anjing itu terus menyalak tanpa henti dan terus lari sebaik pintu rumah itu dibuka oleh seorang wanita.

Seperti kanak-kanak lainnya, kini bayi bertuah itu dijaga oleh keluarga angkat. Kadang-kadang, anjing boleh bertindak lebih baik daripada manusia dan ada masanya manusia boleh bertindak lebih buruk daipada seekor anjing. Ia bukan satu perbandingan yang adil, kerana manusia mempunyai akal sedangkan anjing tidak. Sumber asal: Anjing ini selamatkan bayi yang baru dilahirkan setelah dibuang Ibunya.

Read more Article like Kisah Anjing Menggonggong Bayi Manusia at Memoir of Insani

Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya

Negaraku Malaysia Bumi Tercinta. Demi Panda Bertuah biarlah Pak Belang Hilang Taringnya. Seluruh rakyat diseru agar Berbangga dengan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang. Tanda kerajaan China amat menghormati Malaysia. Rakyat Malaysia Berbanggalah dengan Panda Gergasi.

Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya

Pertukaran Haiwan adalah Simbol Jalinan Hubungan Diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. Malaysia, tempat tumpahnya darah merahku. Pak Belang hilang belang dan taringnya berdepan Haiwan Bulat yang Hitam Putih Badannya.

Antara Syarat Hubungan Diplomatik Panda antara Kuala Lumpur dan Beijing ialah mengenai Pasangan Panda Gegasi (Xing Xing dan Liang Liang).
  • Malaysia dipinjamkan Pasangan Panda Gergasi oleh Beijing.
  • Malaysia penuhi syarat Bina Penempatan Panda iatu Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) yang dianggarkan RM25 juta.
  • Bayaran sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun sebagai sewa pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang.
  • Bonus Bayaran sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) kepada China bagi setiap anak panda yang lahirdi Malaysia.

Tenuk Malaysia ditolak Kerajaan China

Kerajaan tidak henti-henti meluahkan rasa bangga dan tersanjung kepada kerajaan China kerana meminjamkan pasangan panda gergasi kepada Malaysia sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing. Sebagai tanda terima kasih Malaysia menghantar seekor Tenuk sebagai balasan. Namun secara terang-terangan ditolak oleh kerajaan China sehingga ke hari ini. Seumpama merayu negara terus cuba berkali-kali. Semua ini kerana kita negara bermaruah.

Negaraku Malaysia Tanah Tumpah darahku. Perkara yang berlaku dalam hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing (40 Tahun) tiada kaitan dengan Tragedi MH370. Malah Malaysia berasa bangga dan bertuah kerana kerajaan China sudi meminjamkan Panda Gegasi (Xing Xing dan Liang Liang) kepada negara. Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Belangnya.

Rakyat Malaysia Berbanggalah dengan Panda Gergasi

Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersama-samalah kita bersatu untuk berasa bangga dengan Panda Gergasi (Xing Xing dan Liang Liang). Baru-baru ini Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang selamat dilahirkan. Maka tidak hairanlah perasaan bangga yang meluap mungkin menjadikan anda teruja hampir hendak pitam. 
Memahami situasi itu Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara merancang tarikh sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia mengunjungi pasangan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang dan anaknya. Manakala Pak Belang hanya mengintai dari kejauhan.

Read more Article like Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya at Memoir of Insani

Siapa Kata Rozita Che Wan Tak Pakai Seluar

Siapa Kata Che Ta Bergambar Tak Pakai Seluar Merujuk Gambar Rozita Che Wan Bertudung tapi Berseluar Pendek dengan penerangan “Bila pikir negative, kepala otak tu pikir bukan-bukan! Telanjang la seluar pendek la tak pakai seluar la.. Gila ka apa!” dan ditambah Tag #takpayahlanakjadifesyendesignerkatsini #tolongjagakainsendiri #bzbod #thinkpositively. Siapa Kata Rozita Che Wan Tak Pakai Seluar.

Siapa Kata Rozita Che Wan Tak Pakai Seluar

Kecelaruan dalam minda lebih jelas bila komen pertama “Kamu belum tanya saya sudah jawab,” adalah ditulis sendiri Rozita sebelum gambar tersebut dipenuhi komen negatif, kecaman dan nasihat dari peminatnya di Instagram.

Siapa Kata Rozita Che Wan Tak Pakai Seluar

Walaupun yang sebenarnya Rozita Che Wan memakai seluar yang mengikut warna kulit (skin colour). Namun untuk menyedarinya perlu diperhatikan dengan teliti. Ia lebih sukar diperasan setelah gambar tersebut telah diubahsuai agar sukar diperasan oleh orang ramai sebelum diupload di instagram. Sudah jelas bahawa Rozita Che Wan segaja memuat naik walaupun dapat mengagak gambarnya di Instagram itu bakal mendapat kecaman dari orang ramai.

Kenapa Rozita Che Wan Berubah

Bukan berseluar atau tidak menjadi perkara pokoknya dalam entri ini. Persoalan utama, Kenapa Rozita Che Wan tetap memuat naik gambar tersebut sedangkan sudah tahu ia akan menerima kecaman oleh orang ramai. Adakah badan sasa Zain Saidin menjadi punca tekanan hingga Che Ta terpaksa mencipta kontroversi murahan agar dirinya lebih sensasi. Mungkin juga keperibadian Rozita Che Wan terkesan dengan tekanan usia yang meningkat setelah 7 bulan melahirkan Aaisyah.

Read more Article like Siapa Kata Rozita Che Wan Tak Pakai Seluar at Memoir of Insani

Wajah-Wajah Tenang Meredakan Ribut dan Taufan

Siapakah pemilik Wajah-Wajah Tenang yang mampu Meredakan Ribut dan Taufan dalam kehidupan anda sekiranya bersua muka, terpandang atau sekadar menatap potretnya. Sekiranya Tokoh Sastera Tanah Air yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin mengakui melihat ketenangan dalam setiap gambar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun gambar-gambar tersebut diambil secara tidak sengaja mahupun curi-curi. Sumber: Pensyarah akui tenang bila lihat foto Tok Guru.

Wajah-Wajah Tenang Meredakan Ribut dan Taufan
Alhamdulillah.. seandainya kita berasa tenang ketika melihat wajah insan lain, bersyukurlah. Walaupun siapapun insan tersebut, tak kira apa bangsa dan agamanya. Kerana apa yang pasti, ketenangan itu tercipta dari rasa hormat serta rendah hati “insan yang melihat”… dan pastinya semua itu berlaku dengan kasih, rahmat dan izin Allah jua.

Secara Peribadi sepanjang Memoir Insani. Sejujurnya saya sendiri juga berasa tenang ketika melihat wajah Allahyarham Nik Aziz ketika hidupnya dahulu. Saya tidak ada Potret TG Nik Aziz oleh itu tidak pasti bagaimana rasanya jika melihat pada Potret atau Lukisan wajah semata-mata. Ketika hidupnya, beliau adalah diantara insan yang memiliki wajah-wajah yang bukan sahaja menyenangkan malah mungkin boleh meredakan rasa gelisah dan api amarah dalam diri mereka yang melihatnya. Ekstra Note: Persekitaran Kubur TG Nik Aziz diziarahi Seluruh Umat Islam.

Kenyataan diatas adalah merujuk kepada dari saya sendiri, dan tidak bermaksud ia sesuatu yang baik kepada individu lainnya. Namun dalam semua wajah-wajah tenang yang pernah saya tatap, tidak mungkin ada wajah tenang lainnya yang boleh menghentikan badai gelora, angin ribut dan mampu meredakan kering dan haus kemarau dalam hidup saya melainkan Wajah Ibu saya Che Zalani Binti Adis dan Bapa saya Abdul Rashid bin Abdul Majid serta Guru-Guru yang pernah mendidik saya. Ampunkan dosa anak mu ini Ampunkan dosa murid mu ini.

Read more Article like Wajah-Wajah Tenang Meredakan Ribut dan Taufan at Memoir of Insani