Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

1Malaysia Development Bhd (1MDB) CEO Arul Kanda Kandasamy mendedahkan butiran terperinci hutang RM42 bilion yang diraih 1MDB firma pembangunan strategik milik kerajaan itu boleh berlaku. Penjelasan pecahan Hutang 1MDB ini diharap dapat membantu untuk membersihkan sebarang kekeliruan berhubung Isu 1MDB ini yang terlalu lama menjadi tekanan besar pada peringkat tertinggi pentadbiran Malaysia.

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

Terlalu banyak spekulasi mengenai hutang RM42 bilion, dan lebih khusus lagi mengenai RM27 bilion hutang yang dikatakan hilang atau rugi. Seluruh Malaysia mendesak agar segala butiran 1MDB didedahkan. Arul Kanda sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan akhirnya menjelaskan Perincian hutang RM42 bilion 1MDB.

RM18 bilion digunakan untuk membeli aset tenaga; RM1.7 bilion untuk membeli tanah di TRX, Bandar Malaysia dan di Pulau Pinang; RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan, RM15.4 bilion merangkumi dana pelaburan dan lebihan tunai sebanyak RM0.9 bilion.
— Arul Kanda Kandasamy

Secara kasar segalanya telah didedahkan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda. Namun 1MDB juga akan menyediakan ringkasan berhubung hutang RM42 bilion telah digunakan untuk apa, maklumat yang didedahkan sepenuhnya dalam akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh didapati secara terbuka dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Isu 1MDB satu Lagenda

Tiada siapa melakukan kesilapan atau yang bersalah. Tiada sebarang tangkapan dan tidak berlaku pendakwaan. Hanya pendedahan Bagaimana hutang RM42 1MDB boleh berlaku, maka segalanya selesai dan kembali seperti biasa. Suatu hari nanti Kontroversi Isu 1MDB bakal menjadi Lagenda. 1Pendedahan mampu menyelesaikan 1Juta Permasalahan. Besama kita Nantikan dan Download Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB seperti yang dimaklumkan.

Read more Article like Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion at Memoir of Insani

Advertisements

Aksi Najib Razak – Golf Persahabatan Malaysia China

Hubungan dua hala antara China dan Malaysia (politik dan ekonomi) adalah amat baik umpama isi dengan kuku. Aksi Bergaya Gambar Najib beraksi di Golf Persahabatan Malaysia-China. “Ia sesuatu yang amat dekat di hati saya” itulah kata-kata Dato Seri Najib dalam ucapan sempena Golf Persahabatan Malaysia-China Ke-41. Extra: Kata Gurauan Jokowi mengenai Golf dan Najib Razak.

Aksi Najib Razak - Golf Persahabatan Malaysia China

Hubungan diplomatik Malaysia – China telah dianggap amat erat walaupun wakil Kerajaan China untuk acara itu cuma Perniagaan, Usahawan dan Kaunselor Perdagangan Kedutaan China sahaja. Lihat Aksi Bergaya Gambar Najib Golf Persahabatan Malaysia-China. Mengingatkan kita dengan kenyataan Najib suatu ketika dulu, Anak-anak Nelayan pun Bermain Golf.

Ini kerana ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil langkah berani 41 tahun lalu sebagai negara ASEAN yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, walaupun perang dingin belum berakhir.
— Kata-kata Hebat Datuk Seri Najib Razak

Dato Seri Najib juga sentiasa terpaksa memetik nama ayahnya, Tun Abdul Razak. Sebagai tanda mengenang jasa dan sumbangan besar Tun Razak, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyoking anaknya, iaitu Najib Razak. Selan Sukaneka, kerajaan Malaysia juga bertukar-tukar haiwan dengan kerajaan China demi menunjukkan hubungan mesra dua negara.

Read more Article like Aksi Najib Razak – Golf Persahabatan Malaysia China at Memoir of Insani

RMK-11 (2016-2020) Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

Inti Pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Tema dan Enam Teras Strategik . Sepertimana Perbentangan RMK-11 (2016-2020) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat. Berikut ialah Inti Pati dan Enam Teras Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.

RMK-11 (2016-2020) Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

  • Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata.
  • Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju.
  • Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi global yang rendah.
  • RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat serantau dan global.
  • KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020).
  • Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus).
  • KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890).
  • Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020).
  • Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun.
  • Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)
  • Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020.
  • Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141).
  • Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)
  • Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat.
  • Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus.
  • 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020.
  • Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun.
  • Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih   daripada 75 peratus KDNK.
  • Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak 2.6 peratus PNK.
  • Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020.
  • Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020.
  • Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10.

RMK11: Enam Teras Strategik

Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua
Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju
Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

Read more Article like RMK-11 (2016-2020) Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat at Memoir of Insani

Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi

GST Cukai Kontroversi di Malaysia. Tarikh 1 April dan Cukai Barangan dan Perkhidamatan menjadi Gurauan April Fool Berdarah untuk rakyat Malaysia. Kesan dari perlaksanaan GST mencetus Fenomena di Malaysia. Isu dalaman dan kebangkitan rakyat bermula sebelum ia dilaksanakan lagi. Namun jauh di sudut hati, dengan  minda positif dan pengharapan agar ekonomi negara terus maju dengan sistem percukaian baru ini. Ingatlah kerbau dipegang pada talinya dan manusia dipegang pada janjinya. Paparan semasa Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi.

Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi

GST Phainomenon

Sesuatu yang menarik mengenai Penerangan GST di Malaysia ialah ia merupakan satu-satunya Sistem Percukaian Negara yang tidak membebankan rakyat, dimaklumkan GST tiada kenaikan harga. Apa yang paling luarbiasa Sistem GST ini dikatakan akan menguntungkan rakyat, peniaga dan kerajaan. Cukai yang tidak merugikan sesiapa.

GST Lintang Pukang

Demi menjelaskan perihal GST ini, kerajaan telah berbelanja besar untuk menyebarkan maklumat awal mengenai cukai kontroversi ini. Namun adakah rakyat mampu untuk memahami Apa itu GST, jika kenyataan para menteri juga bercanggah dan lintang pukang. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan terdapat hanya 800 aduan mengenai GST dan ia berbeza dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang memaklumkan lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.

Hukum GST Menurut Islam

Pelaksanaan GST adalah halal mengikut Fatwa. Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia adalah berbeza dengan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain. Perlaksanaan di GST Malaysia telah dilakukan kajian yang menyeluruh dan teliti selama 35 tahun. Menurut Najib GST menguntungkan rakyat, peniaga dan kerajaaan Malaysia. Sistem GST Malaysia tidak merugikan mana-mana pihak.

Kadar GST Sifar Bahan Mentah asas

Kadar GST sifar yang dikenakan terhadap kebanyakan bahan mentah asas seperti ikan, daging dan sayur membolehkan mereka membuat tuntutan terhadap cukai input. Industri Halal bakal menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.
Industri Halal bakal menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.
barangan dan perkhidmatan untuk dieksport.

Read more Article like Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi at Memoir of Insani

Jawapan Lengkap 106 Soalan GST oleh Kastam Malaysia

Jawapan Kastam untuk 106 Soalan GST demi maruah Kerajaan Malaysia. Setelah hampir seminggu setelah gagal menjawab secara terus 106 soalan mengenai (GST) Cukai Barang dan Perkhidmatan yang diajukan oleh Aktivis bantah GST, akhirnya pihak Kastam Malaysia tampil dengan 106 Jawapan Soalan GST dengan sepenuhnya. Jawapan Lengkap 106 Soalan GST oleh Kastam Malaysia di 106 GST Questions and Answers.

Jawapan Lengkap 106 Soalan GST oleh Pegawai Kastam Malaysia

Sejujurnya Tahniah! Paling tidak, tiada lagi rakyat Malaysia berani mempertikaiakan kemampuan berfikir pegawai Kastam malaysia. Nisbah seluruh Pegawai Kastam dengan 106 soalan GST itu jika diagihkan ke setiap cawangan seluruh Malaysia, tempoh seminggu untuk mendapatkan jawapan 106 Soalan GST itu boleh dianggap Pancapaian Hebat Kastam Malaysia. Paling tidak, ia dapat membuktikan Pegawai Kastam Malaysia juga bijak kejadiannya.

Sebelum ini agak kecoh apabila pihak Kastam gagal mrnjawap 106 Soalan GST yang diajukan pada hari Bantah GST. Koleksi soalan mengenai GST Cukai Barang dan Perkhidmatan untuk pihak Kastam Malaysia. Tuntutan 106 GST question for Malaysian Customs.

Read more Article like Jawapan Lengkap 106 Soalan GST oleh Kastam Malaysia at Memoir of Insani