Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia

Setiap 35 minit terdapat seorang wanita Malaysia dirogol. Secara purata 3000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Apakah perbezaan antara Cabul dan Rogol? Statistik Kes Rogol di Malaysia ini dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia

Rakyat Malaysia perlu tampil berani berdepan dengan realiti yang berlaku ini. Walaupun Doa orang yang Teraniaya atau Dizalimi antara Doa yang Tiada Hijab dari-Nya, Namun mangsa rogol dan ahli keluarga usah hanya berdoa sahaja, usaha yang berupa tindakan membuat laporan perlu dilakukan. Sikap malu dan merasakan diri unggul adalah punca utama banyak Kes Rogol dan Cabul tidak Dilaporkan kepada pihak polis. Baca juga: Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu.

Apakah Perbezaan Cabul dan Rogol

Rogol adalah satu persetubuhan anatara lelaki dan wanita yang tidak dipersetujui oleh wanita tersebut. Menurut Kanun Keseksaan di bawah bawah seksyen 375(g) Kanun Keseksaan. Walaupun terdapat persetujuan wanita dalam beberapa kes, ia masih dianggap rogol. Kes Rogol sebegini berlaku apabila perempuan tersebut memberi Kerelaan tetapi kerelaan yang diberikan itu adalah kerana takut dicederakan. Selain itu, seksyen 375(g) Kanun Keseksaan juga dikenakan walaupun dengan Kerelaan bagi wanita yang tidak tahu sebab dan akibat jika kebenaran diberi dan kebenaran oleh perempuan di bawah umur 16 tahun.

Manakala bagi cabul pula adalah perlakuan jenayah dengan kekerasan terhadap perempuan atau lelaki dengan niat untuk mencabul kehormatan dan tidak merogol. Kesalahan cabul dikenakan tindakan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Peningkatan Kes Rogol di malaysia

Sokongan masyarakat perlu dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan menggalakkan kesaksamaan gender. Kes sebegini selalu diabaikan masyarakat. Malah Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun. Pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes
Sebanyak 31685 Kes Rogol dan 24939 Kes Cabul manakala 42,449 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013. Jenayah rogol meningkat apabila dalam tempoh 2 tahun terakhir sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014. Namun hanya 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah. Bayangkan Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia.

Read more Article like Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia at Memoir of Insani

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s