Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku

Mencari sifat-sifat dan ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam lagu Negaraku Lagu Kebangsaan Malaysia. Bermula baris pertama hingga akhir tiada sepatahpun perkataan Malaysia atau Melayu wujud dalam lirik lagunya. Berulang kali dinyanyikan namun masih Tiada Indentiti Malaysia dalam lagu Negaraku itu. Apakah pentingnya Indentiti dalam Lagu Kebangsaan. Apakah maksud Lagu Kebangsaanan dan tujuan lagu itu dicipta.

Lagu kebangsaan, umumnya adalah sebuah gubahan muzik bersifat sesebuah negara yang diiktiraf oleh sebuah negara sebagai lagu rasminya. Dari segi rentak dan irama serta liriknya adalah berciri dan bersifatkan sesebuah negara atau bangsa itu sendiri.

Lagu Kebangsaan Malaysia Negaraku (1957) Muzik oleh French Pierre Jean de Beranger dari lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan. Ada juga sumber mengatakan Lagu Negaraku asalnya lagu rasmi dari Kesultanan Perak. Lagu Terang Bulan, yang berasal dari pulau Mahe di Kepulauan Seychelles dan dipopularkan oleh Raja Abdullah setelah pulang dari pulau Seychelles. Berikut ialah lirik lagu Negaraku.

Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku

Dari lirik lagu Negaraku, dapatkah anda lihat indentiti negara Malaysia. Adakah anda terjumpa baris yang menyebut Melayu, iaitu kaum utama di Malaysia. Secara mudahnya, jika anda orang asing dengan mendengar lagu Negaraku, adakah dia tahu itu Lagu Kebangsaan Malaysia.

Merujuk Senarai Lagu Kebangsaan di seluruh Dunia. Kita lihat pula lagu Kebangsaan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia. Berikut adalah sebahagian rangkap liriknya

Lagu Kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya (1945)

Indonesia tanah airku, Tanah tumpah darahku,
Di sanalah aku berdiri, Jadi pandu ibuku…
Indonesia kebangsaanku, Bangsa dan tanah airku,
Marilah kita berseru, Indonesia bersatu…

Lagu kebangsaan Thailand iaitu Phleng Chat (1939)

Thailand menyatukan jiwa dan raga suku Thai.
Negara rakyat; dimiliki suku-suku Thai dalam segala hal…

Lagu kebangsaan Singapura iaitu Majulah Singapura (1965)

Mari kita rakyat Singapura, Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia, Berjaya Singapura

Tiada Indentiti Malaysia dalam lagu Negaraku

Biarlah lagu sekolah pun ada disebut nama sekolah dalam lirik lagunya. Namun tetap tidak pudar rasa cinta dan kesetiaan saya kepada negara. Walaupun lagu Negaraku lagu kebangsaan tanpa indentiti negara, namun rasa hormat saya tidak pernah hilang. Saya Hootoh dan saya sayangkan Malaysia.
Read more Article like Dimanakah Identiti Malaysia dalam Lagu Negaraku at Memoir of Insani

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s