Filem TG Nik Aziz Pejuang Hudud

Filem Tuan Guru Nik Aziz. Kisah kehidupan Nik Aziz Nik Mat Tokoh Agama Negara yang memperjuangkan Hudud di Malaysia. Pengarah filem Aziz M Osman bercadang untuk mengarah sebuah filem pelaksanaan hudud yang pernah dirancang oleh Nik Aziz bekas menteri besar Kelantan. 

Filem TG Nik Aziz Pejuang Hudud

Filem Tokoh Agama Negara seperti Tuan Guru Nik Aziz mengutamakan Ilmu mengenai hudud itu perlu disampaikan kepada masyarakat yang kurang memahami hukuman dan peraturan Islam tersebut melalui kaedah yang pernah digunakan Tuan Guru Nik Aziz.

Dari segi psikologi Tok Guru telah pun melaksanakan hudud dengan cara mendidik
– Aziz M Osman

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh Nik Aziz mengalu-alukan usaha untuk mengetengahkan Kisah Kehidupan Nik Aziz Nik Mat melalui filem. Namun menentang sekiranya Filem kehidupan Nik Aziz tersebut ada menokok tambah fakta yang tidak benar. Ia demi mengelakkana generasi akan datang memaahami sejarah yang salah. TG Nik Aziz dalam kenangan. Video Tuan Guru Nik Aziz Perjuanganmu Diteruskan.

Cuma kita harap, fakta kena betul, cara, fakta yang sama. sekiranya filem tersebut dihasilkan, segala fakta mengenai arwah bapanya itu tepat dan tidak ditokok tambah.
-Nik Abduh

Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kelantan. Beliau merupakan menteri besar Kelantan antara tempoh 1990 hingga 2013. Walaupun sudah setahun, masih ada yang menziarahi pusara bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. Pautan: Persekitaran Kubur TG Nik Aziz diziarahi Seluruh Umat Islam.

Perjuanganmu bagai lilin membakar. Bersinar menerangi kegelapan. Rela berkorban meredah onak berduri. Jasa baktimu sejernih air di kali. Bersemadilah engkau aman di pusara. Sinar cahaya murni karomahmu. Berjihad biar menitis oh darah terakhir. Menjadi lambang cinta yang terluhur. Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1931 – 2015) Perjuanganmu Diteruskan Tersemat di Kalbuku.

Read more Article like Filem TG Nik Aziz Pejuang Hudud at Memoir of Insani

Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Markah dan Gred Peperiksaan (KSSR) Sekolah Kementerian Pendidikan. Skala Sistem Gred Peperiksaan 2016 Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak Lembaga Peperiksaan (LPM) telah mengeluarkan Julat Pemarkahan untuk Gred Peperiksaan KSSR. Berikut julat untuk gred peperiksaan sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Julat Markah dan Gred Peperiksaan Sekolah Rendah
Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Markah dan Gred Peperiksaan Menengah Rendah
Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Markah dan Gred Peperiksaan Menengah Atas
Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan

Julat Gred Peperiksaam Kebangsaan

Skala Gred Peperiksaan baharu Lembaga Peperiksaan KPM. Permarkah Baru Sekolah Rendah ini digunakan secara rasmi bermula 2016 seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sebelum ini berlaku kekeliruan dalam penetapan Gred Peperiksaan Kebangsaan, sila rujuk Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah. Diharap Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan merungkai kekeliruan yang berlaku. Semoga bermanfaat.

Read more Article like Skala Gred Peperiksaan 2016 Lembaga Peperiksaan at Memoir of Insani

Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan

Maklumat Rasmi UPSR (KSSR 2016) oleh Lembaga Peperiksaan serta Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016. Setelah Format Baharu UPSR 2016 diperkenalkan berikutan Kurikulum Kebangsan KBSR ditukar kepada KSSR. Banyak persoalan bermain di fikiran guru dan juga ibu bapa. Sumber maklumat yang terhad menjadikan pihak sekolah sendiri tidak benar-benar jelas mengenai #UPSR2016

Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan

Beberapa perubahan yang berlaku tiba-tiba mula merisaukan guru-guru yang mengajar Calon Peperiksaan UPSR 2016. Muat Turun atau Download Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016. Format DOCX: View Download  Format PDF: View Download

Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016

Sehubungan dengan itu Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan beberapa Maklumat Rasmi UPSR 2016 dan Menjawab Soalan-soalan Lazim UPSR FormatBaru Tahun 2016 ini. Download Soalan-soalan Lazim UPSR mulai Tahun 2016. Pembritahuan ini diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga pearkongsian Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan dapat membantu warga pendidik di seluruh Malaysia.

Read more Article like Persoalan Lazim Mengenai UPSR 2016 Lembaga Peperiksaan at Memoir of Insani

Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia

Anugerah Ikon Guru ini mula diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2013 sebagai aktiviti tambahan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Kalungan Pengitirafan Ikon Guru Malaysia ini sebagai tanda menghargai kecemerlangan yang telah dilakukan  oleh guru yang terpilih.

Anugerah Ikon Guru 2016

Sempena Sambutan Hari Guru 2016. Pencalonan Anugerah Ikon Guru 2016 telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Lampiran di Borang Pencalonan Anugerah Ikon Guru 2016.

Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia

Objektif Anugerah Ikon Guru

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan  kepada guru yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia,  negara,  masyarakat dan komuniti sekolah.
  • Menggalakkan  penglibatan   ramai  guru  dalam  melonjakkan  diri  sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • Memartabatkan peranan guru dalam agenda pendidikan negara

Tujuan Anugerah Ikon Guru

Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia, negara, masyarakat dan komuniti sekolah dalam bidang pendidikan.

Pengitirafan Berbakti Seorang Guru

Sumbangan guru bukan sekadar memberi pendidikan kepada anak muridnya sahaja tetapi perlu lebih besar daripada itu. Seseorang guru yang berilmu dan memiliki kepemimpinan yang tinggi seharusnya menggunakan kelebihan dirinya untuk menyumbang bakti kepada masyarakat yang lebih besar selain lingkungan sekolah.

Seorang Pendidik seharusnya dapat berbakti hingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, warga guru yang telah memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan perlu diberi pengitirafan. Justeru, sebagai tanda menghargai kecemerlangan yang telah dilakukan maka Anugerah Ikon Guru ini dikalung kepada guru yang terpilih.

Read more Article like Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia at Memoir of Insani

Apa itu Zika Virus (Demam Zika)

Virus Zika (ZIKV) adalah sejenis virus dari kumpulan keluarga Flaviviridae dan Genus Flavivirus. Apabila seseorang manusia deserang Virus Zika, ia menyebabkan Penyakit Demam Zika. Zika, Denggi, Chikungunya dan Demam Kuning serta West Nil dan Japanese Encephalitis dikelaskan dalam kumpulan virus Flaviviridae. Kita boleh mengenali dan mengesan tanda-tanda serangan virus zika dengan melawat laman-laman kesihatan seperti Zika virus Infection dan Pemantauan Virus Zika oleh KKM.

Apa itu Zika Virus (Demam Zika)

Nyamuk Punca Demam Zika

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk dari beberapa spesies Genus Aedes – Aedes aegypti, Aedes africanus, Aedes apicoargenteus, Aedes furcifer, Aedes luteocephalus dan Aedes vitattus. Zika virus infection is a mild febrile viral illness transmitted by mosquitoes. Informasi Apa itu Zika Virus (Demam Zika) ini sekadar untuk bacaan pengetahuan. Jika ada simptom demam zika anda dinasihati berjumpa pakar kesihatan yang bertauliah.

Asal Usul Virus Zika

Virus ini pertama kali ditemui pada tahun 1947 dan berasal dari Monyet Rhesus di Hutan Zika, Uganda, Afrika. Walaupun kumpulan monyet ini telah dikuarantin atau diasingkan dari manusia, namun dari 1951 hingga 1981, namun banyak kes jangkitan manusia dilaporkan dari negara-negara Afrika. Malah turut berlaku Demam Zika di  bahagian-bahagian Asia termasuk India, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Read more Article like Apa itu Zika Virus (Demam Zika) at Memoir of Insani

Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia

Setiap 35 minit terdapat seorang wanita Malaysia dirogol. Secara purata 3000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Apakah perbezaan antara Cabul dan Rogol? Statistik Kes Rogol di Malaysia ini dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia

Rakyat Malaysia perlu tampil berani berdepan dengan realiti yang berlaku ini. Walaupun Doa orang yang Teraniaya atau Dizalimi antara Doa yang Tiada Hijab dari-Nya, Namun mangsa rogol dan ahli keluarga usah hanya berdoa sahaja, usaha yang berupa tindakan membuat laporan perlu dilakukan. Sikap malu dan merasakan diri unggul adalah punca utama banyak Kes Rogol dan Cabul tidak Dilaporkan kepada pihak polis. Baca juga: Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu.

Apakah Perbezaan Cabul dan Rogol

Rogol adalah satu persetubuhan anatara lelaki dan wanita yang tidak dipersetujui oleh wanita tersebut. Menurut Kanun Keseksaan di bawah bawah seksyen 375(g) Kanun Keseksaan. Walaupun terdapat persetujuan wanita dalam beberapa kes, ia masih dianggap rogol. Kes Rogol sebegini berlaku apabila perempuan tersebut memberi Kerelaan tetapi kerelaan yang diberikan itu adalah kerana takut dicederakan. Selain itu, seksyen 375(g) Kanun Keseksaan juga dikenakan walaupun dengan Kerelaan bagi wanita yang tidak tahu sebab dan akibat jika kebenaran diberi dan kebenaran oleh perempuan di bawah umur 16 tahun.

Manakala bagi cabul pula adalah perlakuan jenayah dengan kekerasan terhadap perempuan atau lelaki dengan niat untuk mencabul kehormatan dan tidak merogol. Kesalahan cabul dikenakan tindakan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Peningkatan Kes Rogol di malaysia

Sokongan masyarakat perlu dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan menggalakkan kesaksamaan gender. Kes sebegini selalu diabaikan masyarakat. Malah Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun. Pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes
Sebanyak 31685 Kes Rogol dan 24939 Kes Cabul manakala 42,449 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013. Jenayah rogol meningkat apabila dalam tempoh 2 tahun terakhir sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014. Namun hanya 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah. Bayangkan Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia.

Read more Article like Seorang Dirogol Setiap 35 Minit di Malaysia at Memoir of Insani

Surat Perlaksanaan Program Dwibahasa 2016 di Sekolah

Surat Siaran Pelaksanaan Rintis Program Dwibahasa (DLP) Tahun 2016 di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai Sekolah melaksanakan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme secara rintis bermula Sesi persekolahan 2016. Apa itu Program Dwibahasa. Adakah ia satu program yang cubaan mengembalikan PPSMI dengan nama DLP.

Surat Perlaksanaan Program Dwibahasa 2016 di Sekolah

Download Pekeliling Perlaksanaan Rintis Dual Language Programme di pautan Surat Siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2015. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Dwibahasa ini adalah dibawah Dasar MBMMBI dan melibatkan beberapa mata pelajaran yang telah ditetapkan di sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan.

Apa itu Program Dwibahasa

Program Pengaran dan Pembelajaran Dwi Bahasa ini seakan Penjenamaan semula Program PPSMI yang dimansuhkan dulu. Kementerian Pendidikan berusaha melaksanakan Rintis Dual Language Programme memandangkan ilham kesedaran akan kepentingan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris amat penting dalam setiap perkara, terutamanya dalam menuntut ilmu. Semasa Bajet 2016 diumumkan dana pendidikan yang besar telah disalurkan untuk Dasar MBMMBI. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk membelanjakan wang tersebut.

Kaedah Program Dwibahasa (DLP) Dual Language Programme

Sekolah Rintis Program Dwibahasa Atau Dual Language Programme (DLP) boleh memuat turun beberapa bahan sokongan merujuk lampiran Surat Surat Perlaksanaan Program Dwibahasa 2016 Bilangan 18 Tahun 2015. Beberpa kaedah dan syarat baharu perlu dipatuhi dalam melasanakan Program DLP ini dan perlu dipatuhi oleh sekolah yang terpilih. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang terpilih.

Read more Article like Surat Perlaksanaan Program Dwibahasa 2016 di Sekolah at Memoir of Insani